Home /
Semasa /
5 Pelajar Didenda Tanggalkan Baju Dan Seluar Kerana Tidak Memakai Pakaian Ada Nama Sekolah!
5 Pelajar Didenda Tanggalkan Baju Dan Seluar Kerana Tidak Memakai Pakaian Ada Nama Sekolah!
KUALA LUMPUR: Kerana tidak memakai pakaian yang mempunyai nama sekolah, seramai lima orang pelajar tingkatan satu sekolah menengah lelaki di Ampang diarahkan menanggalkan seluar dan baju.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada 25 Mac lalu dan ibu bapa kanak-kanak tersebut telah tampil membuat pendedahan mengenai kejadian tersebut.
Menurut bapa kepada salah seorang pelajar berkenaan, tindakan itu dikenakan ke atas anaknya telah mengakibat anaknya berasa malu dan enggan ke sekolah.
“Tindakan guru disiplin sekolah itu adalah tidak wajar memandangkan cara hukuman yang dikenakan ke atas mereka jelas jauh menyimpang dari etika seorang pendidik.
“Saya kecewa dengan guru berkenaan, anak saya dan rakan-rakan diarahkan menanggalkan seluar dan ada juga baju hanya kerana tidak memakai pakaian seragam yang ada nama sekolah.
“Saya akui ada kesilapan anak saya disitu, cuma apa yang saya cukup ralat, mengapa hukuman begitu dikenakan. Dan ada di kalangan lima dari mereka ini pada ketika itu tidak memakai seluar dalam pun.
“Saya tidak faham mengapa cikgu berkenaan mengambil tindakan sedemikian,” katanya dipetik dari The Rakyat Post hari ini.
Mereka telah membuat satu laporan polis dan berharap tindakan sewajarnya diambil kepapa pihak sekolah kerana tindakan denda tersebut adalah keterlaluan.
Malah, mereka turut memanjangkan perkara ini kepada Pejabat Pelajaran dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan kes ini mendapat tindakan sewajarnya. -Siakapkeli.com.my
Related Articles :
Dato Vida Beli Phd di Universiti Charles Molnar Dan Ini Buktinya ??? Nama Dato Vida memang bergitu gah di Malaysia. Sebut saja program popular yang dia tak sponser. Mana-mana pergi kalau ditanya siapa ...
MasyaAllah! Ustaz Ahmad Dusuki Dedah Rahsia Apa Yang Dilakukan Arwah Tok Guru Jika Ada Masalah Begitu pantas masa berlalu, rupanya sudah setahun insan yang ternyata disayangi ramai iaitu Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ...
PERGH!! Annuar Musa Puji Ahmad Maslan, Tengok Apa Dia Kata! KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa memuji komitmen yang diberikan Datuk Ahmad Maslan sepanjang tempoh khidmat wakil rakyat dari P ...
SubhanAllah ! Lelaki Ini Tipu Jiran Nak Pinjam Cangkul Untuk Tanam Uri, Rupanya Untuk... Boleh pinjam cangkul ? Nak tanam uri. KLANG - Itulah alasan yang diberikan oleh suspek kes bunuh seorang kanak-kanak lelaki berusi ...
Semakan Keputusan Permohonan BR1M 2016 Online, Duit Dah Masuk Ke?? Panduan Cara Buat Semakan Status Permohonan BR1M 2016. Hendak tahu status permohonan BR1M 2016 anda samada berjaya atau tidak ...