Punca Perkerja TNB Maut Akibat Kemalangan Di Pencawang yang Dibaikinya!

Kuala Lumpur : Seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terbabit dalam kemalangan ketika kerja penyelenggaraan di pencawang elektrik di Taman Tan Yew Lai, Isnin lalu meninggal dunia, petang ini.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan TNB, juruteknik, Mohd Ruzairi Razali, 34, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 1:10 petang selepas mendapat rawatan sejak Isnin lalu.

Tempat kejadian
Jenazah mangsa disembahyangkan di Surau Balai Islam, Ibu Pejabat TNB di Jalan Bangsar sebelum dibawa ke Bukit Kecil, Kuala Terengganu untuk dikebumikan.

Arwah meninggalkan seorang isteri dan tiga anak berumur tujuh, lima dan tiga tahun.

Sementara itu, dua lagi pekerja TNB yang turut cedera dalam kemalangan terbabit, Mohd Zaidi Mohd Shariff, 35, dan Norizan Abdullah, 59, kini dilaporkan stabil dan masih mendapat rawatan lanjut di Hospital Prince Court. Al-fatihah Credit HM

Punca Perkerja TNB Maut Akibat Kemalangan Di Pencawang yang Dibaikinya! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel