Home /
Informasi /
Lain-Lain /
Pasti Anda Akan Terperanjat Apabila Tahu Nilai Harga Tali Yang Dipakai Untuk Gantung Saddam Hussein!
Pasti Anda Akan Terperanjat Apabila Tahu Nilai Harga Tali Yang Dipakai Untuk Gantung Saddam Hussein!
LONDON – Ia hanya seutas tali, tetapi tetap menjadi rebutan walaupun nilainya mencecah puluhan juta.
Nyata ia bukan sebarangan tali kerana pernah digunakan untuk mengantung bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein.
Pada harga 4.6 juta pound (RM21.64 juta), pembida kini berebut-rebut untuk memastikan artifak bersejarah itu menjadi milik mereka.
Mail Online melaporkan tali tersebut ketika ini dimiliki oleh bekas penasihat Pasukan Keselamatan Iraq, Dr. Mowaffak al-Rubaie, dan mula menjadi perhatian selepas laman web Al-Araby Al-Jadeed memuat naik gambar Mowaffak bersama tali gantung itu di Internet.
“Beberapa pembida berminat untuk mendapatkan bahan bersejarah itu, antaranya dua usahawan dari Kuwait, keluarga hartawan dari Israel dan kumpulan agama yang berpusat di Iran.
“Bidaan tertinggi yang diterima ketika ini adalah 4.6 juta pound (RM21.64 juta),” jelas web Al-Araby Al-Jadeed.
Bidaan tersebut mendapatkan kritikan daripada seorang anggota kumpulan hak asasi manusia, Ahmeed Saheed yang memberitahu laman web Al-Araby Al-Jadeed, wang hasil bidaan itu perlu diserahkan kepada Jabatan Perbendaharan Iraq dan bukannya menjadi hak milik peribadi.
Saddam dijatuhi hukuman gantung pada 30 Disember 2006 selepas Tribunal Khas Iraq mendapati beliau bersalah melakukan jenayah kemanusiaan. – mStar Online
Related Articles :
(4 Gambar) Inilah Negara Paling Kecil Di Dunia... Jangan Terkejut Bila Tahu Jumlah Penduduknya! Negara paling kecil didunia yang letaknya di laut lepas sekitar 13 kilometer dari Suffolk, United Kingdom. Luasnya hanya 4 km perseg ...
Donat 10 Sen : Bukan Donat Je Laris, Empunya Badan Pun Laris! Kuala Lumpur: “Saya anggap ini sumbangan amal jariah saya kepada orang lain. Jika jual lebih daripada 10 sen sebiji, saya tidak ...
Apa Yang Terdapat Dalam Dompet Yang Bernilai RM0.80 Ini? (4 Gambar)Dompet ini telah dibeli oleh seorang lelaki dari sebuah kedai jualan murah serta barang terpakai. Harga dompet ini cuma RM0.80 tapi ap ...
Bermula Di Pasar Tani, Kini Datuk "Terlajak Laris" Pakai Rolls-Royce! SIKIT-sikit lama-lama jadi bukit, Mungkin itu pepatah yang paling sesuai untuk merujuk kepada kisah kejayaan Datuk Aliff Syukri atau ...
Petua Ayah, Bagaimana Elakkan Pintu Rumah Dipecah Masuk Penyamun Menjadi kerisauan ramai pemilik rumah apabila meninggalkan rumah dalam tempoh agak lama kerana memikirkan rumah mungkin akan dicerob ...