Maruah Jabatan Kastam Negeri Sembilan Tergadai Dengan Telefon Bimbit !!


SEREMBAN - Lima pegawai Kastam Diraja Malaysia ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima suapan, semalam.

Kelima-lima pegawai yang berusia di antara 27 hingga 39 tahun itu yang bertugas di Jabatan Kastam Diraja Malaysia negeri itu diberkas di pejabat mereka pada petang semalam.

Pemeriksaan awal mendapati, kelima-lima pegawai terbabit disyaki menerima telefon bimbit sebagai suapan untuk melepaskan pengadu atas kesalahan memiliki kenderaan mewah yang diseludup dari negara jiran.

Kelima-lima kakitangan awam itu kini direman selama seminggu bagi membantu siasatan.

Maruah Jabatan Kastam Negeri Sembilan Tergadai Dengan Telefon Bimbit !! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel