Kisah Ini Akan Membuatkan Anda Kerap Balik Kampung, Tak Percaya? Sila Baca


Kenapa Kerap Balik Kampung?

Saya menemui seseorang yang saya kenali semasa membeli kuih untuk sarapan pagi. Dia tinggal di Seremban, manakala orang tuanya masih tinggal di kampung.

Bila saya katakan dia kerap balik ke kampung, tak menunggu raya atau cuti sekolah, dia berkata,

“Cikgu, walau seribu rakaat solat sunat saya kerjakan, walau beribu sedekah jariah saya berikan, walau seribu kebaikan saya tunaikan ketika saya berjauhan dari orang tua saya, tidak akan sama dengan satu kunjungan melihat emak ayah saya yang telah tua.

“Tak akan sama dengan dengan senyuman mereka berdua apabila melihat saya melangkah ke pintu rumah. Tak akan sama dengan renungan puas emak saya melihat saya menyuap nasi berlauk asam pedas yang dimasaknya.

“Kepenatan, keletihan meredah hujan dan panas dalam perjalanan yang jauh, ratusan ringgit terkorban untuk petrol dan tol adalah pengorbanan yang tidak ternilai pada sisi Allah hanya kerana untuk menggembirakan mereka berdua. 

“Itu saya rasa lebih baik dari berehat di rumah di depan televisyen, memenuhi hobi dan sukan atau melangut di kompleks beli belah di hujung minggu,” katanya.

Alangkah besarnya nilai menziarahi ibu bapa berbanding amalan yang lain…

Kredit Abd Ghani Haron

Kisah Ini Akan Membuatkan Anda Kerap Balik Kampung, Tak Percaya? Sila Baca Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel