JANDA JADI MANGSA KERAKUSAN LELAKI GILA TALAK!

Gara-gara menolak permintaan bekas suami untuk rujuk semula, seorang wanita menerima padah apabila disepak dan ditumbuk lelaki terbabit dalam kejadian di rumahnya di Sikamat, kelmarin.

Sebelum kejadian jam 8.30 malam itu, wanita lingkungan 30-an itu sedang berehat di ruang tamu rumahnya sebelum didatangi bekas suami lingkungan 40-an.

Sumber berkata, mangsa yang juga pekerja sebuah restoran pada awalnya enggan melayan lelaki itu, namun lelaki itu dikatakan merayu supaya rujuk semula.

“Ketika itu berlaku pertengkaran kerana mangsa menolak permintaan bekas suaminya itu. Berikutan itu, suspek bertindak ganas apabila menendang leher mangsa.

“Tidak cukup dengan itu, mangsa turut ditumbuk dua kali di pipi menyebabkannya dia terjatuh di ruang tamu dan cedera,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudian beredar meninggalkan bekas isterinya yang mengalami bengkak di muka dan leher.

“Mangsa kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini, pagi tadi (semalam) sebelum membuat laporan di Balai Polis Sikamat,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 323, Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.


Sumber 
#gambar hiasan

JANDA JADI MANGSA KERAKUSAN LELAKI GILA TALAK! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel