(GAMBAR) Dah KANTOI, Buat-buat Makan Nasi Pulak!
CHANGLOON - Hasrat sepasang kekasih mahu memadu asmara di sebuah hotel bajet tidak kesampaian apabila diserbu pihak berkuasa dalam satu operasi yang diadakan, awal pagi kelmarin.
Dalam serbuan dilakukan Pejabat Agama Islam Darah Kubang Pasu itu, pasangan berusia 25 dan 19 tahun itu mengambil masa kira-kira 10 minit selepas pintu bilik mereka diketuk.
Ketika pintu dibuka, lelaki berkenaan cuba membuat aksi selamba dengan memakan nasi tanpa menghiraukan kehadiran pihak berkuasa.
Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu, Syeikh Mohd Radzi Abdul Mutalib berkata, pemeriksaan dijalankan ke atas pasangan itu mendapati mereka tidak mempunyai sebarang ikatan sah.
Menurutnya, siasatan mendapati lelaki tersebut berasal dari Johor dan seorang kakitangan awam yang bertugas di Kedah.
“Manakala wanita tersebut berusia 19 tahun berasal dari Tunjang, Jitra. Kita mengambil tindakan dengan menahan pasangan ini kerana bersekedudukan dan disyaki berkhalwat,”katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Syeikh Mohd Radzi berkata, pasangan tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.
“Dalam operasi kali ini kita membuat serbuan di enam hotel bajet sekitar Kubang Pasu yang menjadi tumpuan dijadikan lokasi maksiat,” jelasnya.
Sementara itu dalam kes berasingan, seorang remaja bawah umur dicekup berdua-duaan dengan kekasihnya yang juga seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) di sebuah rumah sewa di Taman Siswa II, Jitra, pagi kelmarin.
Dalam serbuan jam 9 pagi itu, remaja lelaki berusia 19 tahun itu mengambil kesempatan membawa pulang teman wanitanya berusia 16 tahun yang masih bersekolah ke rumah ketika ketiadaan rakan serumah lain.
Bertindak atas maklumat orang awam, penguat kuasa Pejabat Agama Islam Darah Kubang Pasu membuat serbuan ke atas rumah sewa penuntut IPTA itu.
Sheikh Mohd Radzi berkata, pihaknya mengambil tindakan menahan pasangan ini mengikut Seksyen 25 Enakmen Jenayah Syariah kerana disyaki berkhalwat. - Sinar Harian
Related Articles :
Apa Itu Puskas Award FIFA? Senarai Pemenang Bermula Tahun 2009 Anugerah Puskás FIFA telah diperkenalkan pada 20 Oktober oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA) di bawah P ...
Benarkah? Guru Agama Dakwa Dipukul Dua Polis, Diberitahu "Pergi Mampus Dengan Motosikal Hang"! ALOR SETAR - Seorang guru agama mendakwa dia telah dicederakan di kepala dan tangan setelah digari, dipukul dan ditumbuk oleh d ...
'Johor KELUAR Malaysia' - Penjelasan TMJ Isu Arah Turun Bendera Malaysia Di Seluruh Johor! Menjelaskan mengenai arahan penurunan bendera hari ini Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ismail Karim menafikan dakwaan dan spekul ...
Sultan Johor Beri Amaran Keras Pada 2 Ahli Politik UMNO! Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar hari ini memberi amaran keras kepada dua ahli politik Umno.Baginda “menasihatkan” ahli polit ...
VIRAL! Kacang Pagoda Tidak Halal? Ini Penjelasan Sebenar Pihak JAKIM! Gambar yang viral menunjukkan kacang cap Pagoda dan Ngan Yin dilabel tidak halal. AUTA Status halal kacang cap Pagoda dan Ngan ...