Perubahan tekanan udara yang drastik mungkin menyebabkan semua penumpang dan anak kapal pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 sudah pengsan sewaktu ia terjunam dari ketinggian 32,000 kaki ke atas permukaan laut.
Andaian itu dibuat oleh bekas Jeneral Perhubungan Udara, Budhi M Suyitno menerusi laporan Detiknews.com, hari ini.
Menurutnya lagi, tidak mustahil ada juga yang sudah meninggal dunia di saat pesawat itu masih lagi di udara.
Budhi turut menjawab pertanyaan wartawan mengenai beberapa mayat yang kelihatan sempurna ketika ditemui terapung di kawasan perairan berhampiran Pangkalan Bun di Kalimantan Tengah.
“Mayat yang terapung itu kelihatan sempurna di luarnya, tetapi di dalamnya sudah cedera teruk. Kalau jatuh dari ketinggian 60 meter itu sama dengan impak 9 G yang bermaksud sembilan kali berat badan anda,” jelasnya.
Penjelasan itu diharap dapat melegakan sedikit hati keluarga penumpang yang mungkin membayangkan ketakutan yang dialami oleh mangsa sebelum terhempas. –
KREDIT: MYNEWSHUB.CC
BACA JUGA:
AirAsia QZ8501 Terbukti Sengaja Dijatuhkan, Baca Fakta-Fakta Dan PENDEDAHAN EKSLUSIF INI!
GEMPAR! Bangkai Pesawat AirAsia QZ8501 Sudah Ditemui? - Ini Jawapan Tony Fernandes
AirAsia QZ8501 Terbukti Sengaja Dijatuhkan, Baca Fakta-Fakta Dan PENDEDAHAN EKSLUSIF INI!
GEMPAR! Bangkai Pesawat AirAsia QZ8501 Sudah Ditemui? - Ini Jawapan Tony Fernandes