Kisah Pemuda Sukarelawan Banjir Yang Hebat Dan Berhati KENTAL!
Jika boleh saya nobatkan, anak muda inilah anggota Jabatan Amal Kuala Krai yang paling istiqamah dan ikhlas dalam bertugas sepanjang bencana banjir ini melanda.
Bermula daripada 21hb Disember lagi, hari pertama banjir melanda, anak muda ini membantu mengeluarkan mangsa banjir yang terperangkap di Taman Orked, puluhan keluarga dibawa naik sampan dan dia menjadi kemudi dengan mengharung di air yang dalam, menarik sampan ini dengan berenang di hadapan sampan. Dari subuh hingga lepas azan maghrib, bertugas memindahkan rakyat yang terperangkap.
Rehat sejam hingga isya, kemudian rumahnya sendiri ditenggelami air malam tersebut, bergelut lah pula dengan air yang naik mendadak menyelamatkan nyawa keluarga orang tuanya.
Selang 3 hari kami membuka Bilik Operasi Bencana Banjir hingga lah ke saat ini, jam ini. Beliau bertugas 25jam sehari dan 8hari seminggu. Hingga ke hari ini sudah 8 hari bilik operasi ini dibuka, beliau bertugas tanpa rehat dan cuti sepanjang tempoh itu.
Namun, isya tadi, anak muda ini rebah kelesuan, keletihan dan demam panas. Sekarang di wad kecemasan Hospital Kuala Krai.
Terima kasih sahabat atas budi dan jasamu membantu rakyat selama bencana ini.
Allah swt shj yang mampu membalasnya.
Terima kasih Rhakim Rakmi
Sumber
Related Articles :
Kisah Benar, Cikgu Diseksa & Dilambung Ke Langit Sebelum Ke Mekah! Gambar hiasan.. Assalamualaikum, saya (Cikgu Rosa) nak berkongsi sebuah cerita. Kisah benar yang saya dapat masa pergi umr ...
Mesti Baca! Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan ALLAH S.W.T Ketika Sedang Mengambil Peperiksaan Cerita ini merupakan sebuah kisah yang benar-benar berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Ia diceritakan sendiri oleh ...
Dalam Tak Sedar, Air Mata Anda Akan Mengalir Apabila Baca Luahan Hati Suami Ini.... LUAHAN HATI SEORANG SUAMI yang saya terserempak kat Facebook... yang membuatkan saya secara manualitik menangis.. Isteri yang ...
Kisah Imaginasi BANGLO DUA TIANG BESAR Seorang Ayah Menjadi Kenyataan di Johor! Masa saya kekecik dulu, saya ingat lagi abah selalu bawak saya berhenti depan rumah banglo putih tiang dua. Masa tu, pergi bal ...
‘Jangan Mengeluh Sebab Tak Kahwin Lagi’- Lelaki Ini Dedah Realiti Selepas Kahwin! Zaman sekarang ni ramai yang kahwin awal untuk mengadakan hubungan secara halal. Takde la orang pandang dan fikir benda bukan-bu ...