(10 Gambar) Kerusi, Beg & Barangan Peribadi Milik Penumpang QZ8501 Ditemui


Tentera Laut Indonesia, Kapal KRI Bung Tomo menemui barangan peribadi milik penumpang pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa.










Usaha mencari mayat penumpang QZ8501 dilaporkan sukar kerana dipercayai dibawa arus yang deras dan operasi SAR juga sering terganggu akibat cuaca buruk dengan ombak yang tinggi.

QZ8501 membawa 162 penumpang dan anak kapal berlepas dari Surabaya pada 28 Disember 2014 jam 5.35 pagi dan dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi hari sama sebelum dilaporkan hilang.

Penumpang pesawat terdiri daripada 149 orang warga Indonesia, Korea Selatan (3) dan masing-masing seorang rakyat Singapura, Malaysia dan United Kingdom.

Krunya pula terdiri daripada enam warga Indonesia dan seorang Perancis.

(10 Gambar) Kerusi, Beg & Barangan Peribadi Milik Penumpang QZ8501 Ditemui Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel