Home /
Semasa /
Umat Islam Lain Khusyuk Solat Jumaat, Pasangan Suami Isteri Ini Buat Kerja Terkutuk!
Umat Islam Lain Khusyuk Solat Jumaat, Pasangan Suami Isteri Ini Buat Kerja Terkutuk!
Sewaktu umat Islam lain khusyuk menunaikan solat Jumaat, sepasang suami isteri mengambil kesempatan mencungkil pintu kereta milik jemaah lalu menyelongkar sebelum mencuri barang berharga termasuk pemain cakera padat digital (DVD), di Masjid Kampung Sanlang, Penjom, dekat sini, jam 1.30 petang kelmarin.
Perbuatan lelaki berusia 31 tahun berasal dari Kuarters Pasir Mas Sawmill, Gua Musang, Kelantan, bersama isterinya berusia 30 tahun berasal dari Pantai Cahaya Bulan, Kelantan itu terbongkar selepas mereka ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lipis yang mahu menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.
Turut ditahan, enam anak pasangan terbabit berusia tujuh bulan hingga 10 tahun.
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, sebelum itu anggota polis terserempak dengan pasangan terbabit berada di dalam sebuah kereta Proton Iswara dalam keadaan mencurigakan di perkarangan masjid berkenaan sebelum menghampiri mereka untuk menjalankan pemeriksaan.
"Polis menemui lima senjata tajam, pelbagai peralatan pecah rumah, lima telefon bimbit, tiga utas jam tangan, seutas rantai leher, tiga gelang tangan dan empat resit surat pajak gadai," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam. - Harian Metro
Related Articles :
Saya Akan Nyanyi Lagu Polis Dari Dalam PenjaraPemindahannya secara tiba-tiba ke Jabatan Perdana Menteri tahun lalu tidak mengentarkan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Polis D ...
Tekanan Kos Sara Hidup Tinggi? Ini Cadangan 'Bernas' Pemuda UMNO, Pasti TERKEJUT! KUALA LUMPUR, 18 Feb: Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Panda, Syed Rosli Jamlulla ...
MasyaAllah! Ustaz Ahmad Dusuki Dedah Rahsia Apa Yang Dilakukan Arwah Tok Guru Jika Ada Masalah Begitu pantas masa berlalu, rupanya sudah setahun insan yang ternyata disayangi ramai iaitu Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ...
(7 Gambar) 20 Ribu Sambut Kehadiran Mukhriz Di Stadium Darulaman! Himpunan #SelamatkanKedah di Stadium Darulaman dihadiri lebih 20 ribu orang rakyat Kedah.Kedatangan YAB Dato Seri Mukhriz Mahathir ber ...
Perang Dunia Ke-3 Telah Bermula Awal Jam 3AM Tadi Tanpa Kita Sedar! Allahuakbar Sebuah gambar dari Kementerian Pertahanan Rusia yang memperlihatkan serangan bom dari Pesawat Tempur Tupolev TU-22 milik Rusia meny ...