SHANGHAI: Sambutan Ambang Tahun Baru 2015 di China bertukar tragedi malam tadi apabila 35 orang dilaporkan terbunuh manakala 48 lagi cedera dalam satu kejadian orang ramai bersesakan di Shanghai, China.
Menurut laporan dari kerajaan Shanghai, 14 daripada yang tercedera kini dalam keadaan parah berikutan keganasan yang berlaku setengah jam sebelum tengah malam.
Memetik laporan dari Bloomberg, sekurang-kurangnya 48 cedera dalam kejadian, termasuk seorang rakyat Malaysia.
Laporan dari Xinhua News Agency, sebuah portal berita di China, menyatakan seorang saksi melaporkan kejadian terjadi setelah orang ramai menyerbu kupon-kupon yang kelihatan seperti wang kertas US Dollar yang dicampak dari tingkat tiga di satu bangunan. Namun punca kejadian masih lagi dalam siasatan.
Cui Tingting, 27, berkata dia telah mengutip beberapa helai kupon yang disangkakan wang itu tetapi membuang mereka semula setelah mengetahui ianya palsu.
"Ini sangat kejam. Beberapa orang di hadapan kami ada yang terjatuh ke lantai, dan orang ramai berlari-lari sambil memijak mereka", katanya. Kredit- Siakapkeli.com.my
Duit palsu yang dikatakan menjadi penyebab kejadian |