Home /
Kisah /
Mesti Baca! Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan ALLAH S.W.T Ketika Sedang Mengambil Peperiksaan
Mesti Baca! Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan ALLAH S.W.T Ketika Sedang Mengambil Peperiksaan
Cerita ini merupakan sebuah kisah yang benar-benar berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Ia diceritakan sendiri oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut. Begini ceritanya::
Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya...
Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru
tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya...
Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan...
Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya...
Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?
Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti...
Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah...
Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya...
Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua...
SUMBER : terengganutimes.com
Related Articles :
Pelajar Minta Ustazahnya Doakan Dapat 8A Untuk Bagi Hadiah Mengejutkan Kepada Ibunya ! Ada pengguna FB berkongsi ianya adalah Cerita sebenarnya..dari Ustazah Norhafizah Musa. Di Radio Ikim. Suatu hari selepa ...
SAYU! Lihat Apa Yang Siswi UKM Ini Terpaksa Buat Disebabkan Kesempitan Wang! Gambar Hiasan KUALA LUMPUR: Akibat keadaan kewangan yang terlalu mendesak dan perlu berjimat, seorang pelajar Sarjana Muda Psikolog ...
DIHINA Keluarga Kerana Jual Nasi Lemak Tepi Jalan, Namun Lepas 2 Tahun Lihat Apa Yang BERLAKU ... Dihina Keluarga Kerana Jual Nasi Lemak Tepi Jalan Kisah ini dipetik dari facebook, si kakak bermegah dengan pekerjaannya sebag ...
"Empat Tahun Kubelai, Rupanya Bukan Darah Daging Aku" - Suami Malang Selama empat tahun dibelai dan akhirnya sungguh mendukacitakan apabila mengetahui anak yang dibelai selama ini bukanlah anak sendiri ...
Wanita Andartu Ini Di’reject’ Bakal Mertua Atas Alasan Sukar Bagi Anak, Namun Akhirnya… Sesungguhnya ajal, maut, pertemuan dan perpisahan terletak di tangan Allah SWT. Wanita ini putus harapan bila bakal mertuanya memutu ...