JIJIK! Kilang Rojak & Cendol Bersama Bekas Rendaman Seluar Dalam (GAMBAR)
Puchong: Serbuan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor bukan sahaja menahan warga asing, tetapi turut membawa kepada penemuan sebuah lokasi memproses rojak dan cendol dalam keadaan menjijikkan yang tersorok di sebuah kawasan pembinaan di pinggir bandar ini, awal pagi semalam.
Dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi itu, didapati kawasan pemprosesan makanan itu seolah-olah seperti tempat pembuangan sampah kerana dipenuhi sampah serta air bertakung selain berbau busuk.
Difahamkan, kawasan pemprosesan itu sudah beroperasi lebih setahun lalu turut menggaji warga asing sebagai penjual cendol dan rojak dengan menaiki motosikal serta lori di sekitar daerah ini dan beberapa daerah berdekatan.
Lebih menjijikkan, perkakasan yang digunakan untuk menyediakan rojak dan cendol turut dijadikan tempat merendam seluar dalam milik pekerja dan diletakkan hampir antara satu sama lain.
Selain itu, keadaan dapur yang dijadikan tempat membuat kuah rojak pula dipenuhi sampah dan tidak diurus dengan baik sehingga boleh menyebabkan tahap kebersihannya diragui. - Harian Metro
Related Articles :
3 Bulan Ditinggalkan, Rupanya Suami Pergi Kahwin Lagi! Saat diri dihiasi dengan baju perkahwinan, muka diconteng dengan pelbagai warna. Debaran juga semakin terasa, dalam beberapa mini ...
(5 GAMBAR) TAHNIAH! USTAZ DON TIMANG ANAK KEDUA Tahniah diucapkan buat Ustaz Don Daniyal Don Bijayid diatas kelahiran putera keduanya baru-baru ini. Bayi keduanya itu telah di ...
Patutlah Nak Pindah ke JDT! Inilah Gaji Bulanan Azrif Nasrul Haq Dari Pasukan SelangorAzrif Nasrulhaq tidak bersetuju gaji yang diterima 40k sebulan oleh pasukan Selangor Kredit: http://beritapsiko.blogspot.com ...
(3 Gambar) Mohon Orang Johor Berhati-hati! Jangan Tersalah Beli Alas Kaki Ini, Jom Tengok! Johor Bahru: Perbuatan dua pemilik kedai serbaneka di negeri ini yang bertindak menjual ratusan alas kaki yang mengandungi ayat ...
Akhirnya Kemelut Jawatan MB Kedah Berakhir, Inilah MB Baharu Yang Akan Diumumkan Hari Ini! ALOR SETAR: Krisis politik Kedah yang berlarutan sehingga kira-kira dua minggu berakhir apabila Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Ma ...