OPPO telah melancarkan telefon pintar keluaran terbaru mereka iaitu R5 dengan ketebalan hanya 4.85mm yang menjadikannya telefon pintar paling nipis di dunia.
Telefon OPPO R5 ini telah di perkenalkan pada majlis pelancarannya di Singapura baru-baru ini. Telefon ini telah mengatasi rekod yang dipegang oleh Gionee Elife S5.1 yang disenaraikan dalam Guinness Book of World Records sebagai telefon pintar paling nipis di dunia iaitu setebal 5.1 mm.
Kerana terlalu nipis telefon ini tidak mempunyai lubang 3,5 mm 'Headphone' dan hanya boeh menggunakan fon telinga bluetooth. Telefon ini bakal di jual dengan harga USD449 bersamaan dengan RM1500.
OPPO R5 diperkasakan pemposes 1.5 GHZ lapan teras( OCTA-teras Qualcomm MSM8939) dari keluarga Snapdragon 615 dan dilengkapi RAM sebesar 2 Gigabyte dengan muatan dalaman 16 Gigabyte dan dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.2-inci AMOLED yang membawakan paparan pada resolusi penuh.
Umum diketahui saiz fail video yang diambil pada resolusi ini adalah amat besar. Kamera 13 Megapixel dengan sensor Exmor buatan Sony digunakan sekali lagi dengan dwi flash manakala kamera hadapan pula sebesar 5 Megapixel.
Bagi bahagian bateri, pihak Oppo membawakan bateri berkapasiti 2000mAh, dan dilengkapi dengan fungsi VOOC. Fungsi VOOC ini membolehkan peranti anda dicas dengan pantas, dimana ia boleh mencapai kapasiti sehingga 75% dalam masa kurang 30 minit.- Siakapkeli.com.my