Dikritik KAKU Sewaktu Kendalikan Pencetus Ummah, Ini Respons Fizo Omar!
PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara, Fizo Omar minta diberi ruang dan peluang dalam memperbaiki mutu persembahannya sebagai pengacara program realiti Pencetus Ummah musim kedua (PU2) yang baharu sahaja memasuki minggu pertama.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Omar, 29, berkata, dia terbuka dengan komen dan kritikan daripada penonton dan peminat yang merasakan kemunculannya mengendalikan PU2 agak kaku memandangkan ini adalah kali pertama dia mengacarakan program siaran langsung dengan kehadiran penonton.
“Saya ambil komen daripada penonton dan peminat sebagai ruang untuk saya perbaiki diri dan kelemahan dalam mengendalikan program tersebut.
“Insya-Allah kekurangan tersebut akan diperbetulkan dan berharap diberi masa untuk menyesuaikan diri kerana ia program pertama saya sebagai pengacara,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.
PU2 disiarkan secara langsung pada setiap hari Khamis pada pukul 9 malam di saluran Astro Oasis (106) dan Maya HD (135).
Dalam pada itu, Fizo berkata, dia kelihatan kaku berkemungkinan besar kerana masih cuba menyesuaikan diri dengan konsep program berkenaan yang berbentuk keagamaan disamping perlu berhati-hati dalam penyampaiannya agar tidak terkeluar daripada konsep asal.
Bagaimanapun kata Fizo, dia cuba menjadi dirinya sendiri dalam mengendalikan program tersebut dan cuba menampilkan kelainan dalam PU2.
“Mungkin itu antara penyebab mengapa saya kelihatan kaku tetapi saya cuba menjadi diri sendiri dalam membentuk identiti saya sebagai pengacara program berkenaan,” ujarnya.
Selain Fizo, PU2 turut dikendalikan oleh Ustaz Zulkefli Hamat.
Sementara itu, Fizo juga memberitahu dia kini kembali menerima tawaran berlakon selepas hampir dua tahun tidak berbuat demikian ekoran sibuk menguruskan perniagaannya.
Jelas Fizo, dia bakal muncul dengan sebuah telefilem untuk slot Cerekarama di TV3 iaitu Talak disamping aktres Diana Danielle.
“Alhamdulillah rezeki dalam bidang lakonan masih ada namun buat permulaan saya hanya terima tawaran yang tidak mengambil masa terlalu lama terlebih dahulu kerana bimbang tidak dapat memberikan komitmen penuh.
“Ini kerana saya masih mengutamakan bidang perniagaan dan berlakon apabila mempunyai masa terluang,” katanya. – mStar Online
Related Articles :
(7 Foto) Masih Ingat Wajah Waheeda Pelakon Filem Anak Mami, Jangan Terkejut Tengok Wajah Terbaru Beliau!! Daripada lirik mata Waheeda pun Abang Nara dah boleh agak betapa bahagia hidupnya bersama Akhil Hayy sekarang. Lagi beberapa keping ...
Setelah Pemergian Yus Jambu Inilah Kumpulan Baru Yang Disertai Tauke Untuk MLM2016 KEHANGATAN Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM) akan membuka tirai tidak lama lagi. Ramai peserta telah bersiap sedia untuk menyertai ...
Sayu... Jep Dedah Punca Sebenar Beliau Tidak Sertai Maharaja Lawak Mega 2016 Pelawak popular, Jep Sepahtu membuat pengumuman mengejutkan untuk tidak menyertai “Maharaja Lawak Mega” 2016. Bagi Jep Sepahtu, p ...
Setelah 12 Tahun Menyepi, Zamani Buat Pengumuman Yang Mengejutkan Ramai Pihak! MUAR – Setelah hampir 12 tahun menyepi tanpa album, bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani akan tampil menemui peminat dengan lagu ...
Korang Pasti Terkejut Besar! Inilah Pekerjaan Mira Filzah Sebelum Jadi Artis!Korang Pasti Terkejut Besar! Ini Pekerjaan Mira Filzah Sebelum Jadi Artis! Konfirm Artis Lain Jeles Dgn Mira ni kanSekarang ini drama ...