MENJIJIKKAN!! Tukang Sapu Sampah Ajak Ayda Jebat Lakukan S3ks Ketika Shooting Di Amsterdam

Pelakon Ayda Jebat menolak untuk melakonkan adegan liar seperti minum arak dan menari di kelab malam bagi mengelak timbulnya sebarang kontroversi.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 23, berkata, biarpun hanya sekadar lakonan, namun perkara tersebut boleh memberi persepsi negatif kepada peminatnya yang kebanyakkan kanak-kanak dan remaja.


“Saya bertegas untuk menolak beberapa aksi yang saya rasa keterlaluan kerana bagi saya ia tidak sesuai ditonton peminat-peminat yang rata-rata golongan kanak-kanak.

“Lagi pula sekarang teknologi media sosial tidak boleh dikawal. Saya tidak mahu ada orang luar yang ambil gambar saya ketika melakonkan aksi itu dan menjadikannya viral,” ujarnya kepada mStar Online.

Ayda berkata ditemui pada majlis sidang media pelancaran drama Sesal Separuh Nyawa yang diadakan di Zebra Square, di sini, Rabu.

Ayda berkata, dia bertegas dengan perkara itu bagi menjaga reputasi dan nama baiknya sebagai artis yang kini mempunyai 1 juta pengikut di Instagram.

Sementara itu bercerita tentang pengalaman dua minggu menjalani penggambaran drama tersebut di Amsterdam pada November tahun lalu, Ayda berkata dia beberapa kali diganggu oleh lelaki berbangsa asing.

Ujarnya, sepanjang berada di sana, dia tidak dibenarkan untuk bersendirian kerana negara tersebut terlalu terdedah dengan gejala sosial.

“Saya tidak berapa suka Amsterdam kerana cara hidup orang sana yang terlalu terbuka terutama berkaitan seks. Saya juga diganggu beberapa lelaki asing yang menawarkan perkhidmatan itu.

“Ada juga ketika sedang penggambaran seorang lelaki iaitu tukang sapu sampah di kawasan itu cuba berbual-bual dengan saya, namun selepas itu kata-katanya mula lucah dan berbaur seks, saya angkat kaki dan terus mencari kru produksi lain,” ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita tentang lakonanya dalam drama tersebut, Ayda berkata, watak Fara terlalu mencabar dan menguji kemampuannya sebagai seorang pelakon.

Dia perlu bermain dengan emosi dan menjadi seorang wanita psiko akibat hubungan percintaannya dikhianati.

Ayda Jebat tidak mahu adegan liar.
“Ini watak paling mencabar yang saya dapat dan ia benar-benar menguji kemampuan saya. Watak tersebut pada awalnya seorang wanita baik dan naif dan bertukar menjadi wanita psiko dan pembunuh.

“Penggambaran masih lagi berlangsung dan minggu depan kami akan sambung di Melaka,” ujarnya.

Artis lain yang turut terlibat dalam drama itu ialah Aiman Hakim Ridza, Aidid Noh, Nina Nadira, Datuk Tarmimi Siregar dan Azhan Rani.

Sesal Separuh Nyawa terbitan Darkwave Picture Sdn Bhd dan bakal ditayangkan setiap Isnin dan Selasa bermula 18 Januari ini di HyppSensasi (HyppTV Saluran 116).


Kredit: http://medialab99.blogspot.my

MENJIJIKKAN!! Tukang Sapu Sampah Ajak Ayda Jebat Lakukan S3ks Ketika Shooting Di Amsterdam Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel