VIRAL! Video Kanak-Kanak Perempuan Diikat Dan Diseksa Depan Ibunya!


Sebuah video viral yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang menjerit dan menangis akibat diperlakuan kejam oleh seorang lelaki telah membangkitkan kemarahan netizen.

Kanak-kanak malang terbabit diikat pergelangan kaki dan tangannya dengan menggunakan pengikat kabel plastik oleh suspek yang dipercayai ayah tiri kepada mangsa.

Mangsa yang teresak-esak menahan kesakitanitu turut disepak dan digigit oleh lelaki berkenaan yang ditangannya ada memegang vape.

Berdasarkan pemerhatian pada video, mangsa dipercayai berusia lingkungan 5 tahun dan kejadian berlaku di dalam bilik di sebuah rumah yang turut disaksikan ibu kandungnya sendiri.

Turut kedengaran slang percakapan yang digunakan oleh suspek seakan pertuturan masyarakat di Brunei di mana kedengaraan bunyi perkataan “teddah” yang bermaksud kasihan.

Rata-rata pengguna alam maya yang menonton video tersebut mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan individu terbabit dan turut menerima kecaman ialah isteri suspek yang seakan tidak menghalang perbuatannya.

Beberapa blog tempatan turut berkongsi video tersebut dengan mendapat banyak komen di laman sosial meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pendera terbabit.

Bagaimanapun sehingga berita ini disiarkan, tidak diketahui maklumat berkenaan tarikh dan di mana kejadian berlaku- SUMBER MYNEWSHUB.CC

VIDEO TELAH DIPADAM

VIRAL! Video Kanak-Kanak Perempuan Diikat Dan Diseksa Depan Ibunya! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel