Ucapan Menteri Singapura Ini Membuatkan Ramai Rakyat Malaysia SENTAP! Kenapa?


Seorang menteri dari Singapura telah mencetuskan kontroversi baru-bari ini selepas beliau di dalam satu ucapannya melahirkan kesyukuran kerana menjadi rakyat Singapura, bukan rakyat Malaysia atau China.

Beliau adalah Lim Swee Say, yang merupakan Menteri Sumber Manusia Singapura berkata demikian ketika berucap dalam kempennya Parti Tindakan Rakyat (PAM) untuk Kawasan Perwakilan Berkumpulan (GRC) Pantai Timur.

“Beruntung tidak menjadi warga China atau Malaysia, kemudian bapa saya kenal emak saya, mereka berkahwin dan dapat enam anak."

“Jadi tahun ini kita sambut SG50 (ulang tahun ke-50 Singapura) dan saya fikir, jika bapa saya tidak naik bot ke Singapura, saya mungkin sekarang rakyat negara China,” tambahnya.

Beliau dalam pada itu percaya bahawa dengan pemisahan Singapura dan Malaysia pada 1965 memberi keuntungan yang besar kepada rakyat Singapura sekarang kalau tidak rakyat negara itu sudah tentu sekarang sebahagian rakyat Malaysia.

“Kemudian pada 1965 Singapura dan Malaysia berpisah, kerana (perdana menteri pertama) Encik Lee Kuan Yew mahukan sebuah bangsa tidak mengira bahasa atau kau – semuanya sama,” katanya.

Beliau juga berkata tidak boleh tinggal di Malaysia kerana ia “milik orang Melayu”.

“Jadi kita tiada pilihan, kita hanya boleh berpisah.

“Jadi saya fikir jika kita tidak berpisah pada 1965, hari ini kamu dan saya akan jadi rakyat Malaysia, heng (beruntung) ah,” katanya. - Siakapkeli.my

Ucapan Menteri Singapura Ini Membuatkan Ramai Rakyat Malaysia SENTAP! Kenapa? Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel