Luahan Hati Kecil Si Isteri, 'Suami Terlanjur Dengan Isteri Orang'


Saya dan suami umur sebaya, 21 tahun. Hasil perkahwinan kami dikurniakan dua orang anak. Anak sulung berumur 3 tahun, manakala yang bongsu berumur sebulan lebih.

Saya baru habis tempoh berpantang. Namun, hati saya hancur luluh apabila terbaca mesej-mesej suami di dalam aplikasi WeChat.

Dia bermesej dengan seorang wanita dengan panggilan 'Sayang'. Bukan setakat ini, malah perbualan mereka banyak unsur-unsur lu-cah dan ditambah pula mereka saling berbalas gambar-gambar lu-cah. 

Bertapa hancurnya hati saya membaca mesej perbualan mereka berdua. Dalam hati yang hancur dan pedih ini, saya kuatkan diri untuk bertanya dan meminta penjelasan dari suami, mengapa tergamak melakukan saya seperti ini.

Pada mula, suami enggan mengaku dan menuduh saya mengarut. Namun, setelah puas didesak, akhirnya suami terpaksa membuka mulut. 

Dia mengaku pernah terlanjur dengan wanita itu baru-baru ini di sebuah hotel di ibu kota. 

Jelasnya lagi, wanita yang berumur 34 tahun itu adalah isteri orang dan mempunyai 3 orang anak.

Mendengar pengakuannya itu, bertambah hancur dan remuk hati saya. Hati bagaikan ditusuk dengan pisau, hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu.

Apakah patut saya menerima suami saya kembali dikala dia sudah mempunyai 'buah hati' yang lain?

Ini bukanlah kali pertama, di waktu saya berpantang selepas melahirkan anak pertama, suami juga turut berlaku curang. Selepas kejadian yang pertama, suami pernah berjanji akan berubah dan hanya sayangkan saya seorang serta bersumpah tidak akan melayan wanita itu lagi. 

Tetapi, sehingga kini saya masih terbayang-bayang apa yang mereka lakukan semasa terlanjur. Apa yang patut saya buat?

Luahan Hati Kecil Si Isteri, 'Suami Terlanjur Dengan Isteri Orang' Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel