Lelaki Ini Nekad Berjalan Sejauh 270km, Sebabnya Bakal Memeranjatkan Anda!
Bengkulu: Sebagai memenuhi nazarnya, Seno Agritinus Malvin akan berjalan sejauh 270 kilometer sebagai membayar nazar selepas isterinya berjaya diterima sebagai kakitangan awam tanpa perlu menyuap sesiapa.
Keputusan penerimaan Rika Aplena, 26, menjadi kakitangan kerajaan dimaklumkan kepada pasangan suami isteri itu semalam.
Seno, 26, adalah graduan lepasan Fakulti Pertanian Universiti Bengkulu.
Dia memulakan langkah pertamanya kira-kira jam 9 pagi berbekalkan pakaian dan sedikit makanan.
Tidak ketinggalan, surat kebenaran daripada polis.
Dari Bengkulu, Seno akan berjalan menuju daerah Mukomuko.
Kata Seno, dia hanya akan berjalan pada waktu siang saja dan menjangkakan misi itu dapat disempurnakan dalam tempoh 10 hari.
“Nazar saya ini adalah tanda kesyukuran, selain menyokong amalan pengambilan kakitangan kerajaan tanpa membabitkan amalan rasuah,” katanya.
Menurut Seno, sebelum ini orang ramai percaya untuk lulus ujian temu duga, seseorang perlu menyuap pihak yang berkenaan sehingga Rp200 juta (RM56,365).
Sementara itu, Rika berkata, dia dan anak tunggal mereka juga akan menyertai perjalanan itu, tetapi menaiki kereta.
“Kami akan memantau perjalanan Seno supaya semuanya selamat.
“Saya sendiri menggalakkan dia segera melunaskan nazar itu secepat mungkin,” katanya. -Agensi
Related Articles :
Pekerja Bangladesh Hidup Dengan RM35 Sahaja Sebulan, Ini Kisahnya! Hidup dengan hanya menggunakan RM35 sebulan? Mungkin ia nampak macam mustahil tapi sebenarnya, itu lah realiti bagi seorang pekerja ...
Luahan Hati Kecil Si Isteri, 'Suami Terlanjur Dengan Isteri Orang' Saya dan suami umur sebaya, 21 tahun. Hasil perkahwinan kami dikurniakan dua orang anak. Anak sulung berumur 3 tahun, manakala ya ...
(10 Gambar) Pegawai Kastam Terkejut Dengan Apa Yang Dijumpai Selepas Buat Pemeriksaan Bagasi!Setiap hari, ada sahaja masalah jenayah yang berlaku. Lagi menyedihkan apabila banyak undang-undang telah di perketatkan, ia tetap tid ...
Setelah 8 Tahun Berdiam Diri, Akhirnya Pemilik Gambar Viral Tampil Cerita Perkara Sebenar Sekiranya anda masih ingat, gambar-gambar diatas adalah gambar yang pernah viral satu ketika dahulu.Satu ketika dahulu pernah kecoh ...
Rahsia Keajaiban & Keanehan Air Zam-zam Mengalir Tanpa Henti Ditemui Saintis! Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering wala ...