(Gambar) WOW! Azlan & The Typewriter Pakai Ferrari?


Setelah mendirikan rumahtangga pada tahun 2011, Azlan atau yang lebih dikenali dengan Azlan & The Typewriter semakin lama semakin kurang menampilkan diri di acara khususnya di televisyen atau pentas besar seperti acara anugerah dan sebagainya. 

Memilih untuk berahsia atau tidak mendedahkan kisah peribadinya kepada umum, Azlan yang kini lebih menumpukan perhatian kepada bidang perniagaan dilihat telah berjaya dan mampu bergaya mewah. Azlan menerusi Instagram ada berkongsikan aset terbaru miliknya yang merupakan sebuah kereta sport Ferrari.

Tetapi apabila pelantun lagu ‘Lagu Untukmu’ ketika bersama Meet Uncle Hussain ini ditanyakan mengenai perkara ini Azlan memilih untuk tidak mengulas mengenainya kerana perkara tersebut lebih bersifat peribadi dan bukan untuk didedahkan kepada umum. 

“Saya tak boleh nak komen la kalau nak tanya pasal kereta sebab perkara itu lebih kepada hal peribadi. Maaflah saya tidak boleh nak komen mengenainya,”ujar Azlan seraya berseloroh apabila diminta mengulas mengenai kereta Ferrari berwarna merah di Instagramnya tersebut. 


Azlan turut menggunakan waktunya pada sidang media itu untuk tampil memperkenalkan single terbaru yang berjudul "Melankoli", dimana ia merupakan sentuhan sepenuhnya oleh Azlan sendiri dengan bantuan Dato' Mahadhir dalam penulisan lirik. 

"Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Azlan kerana memberi peluang kepada saya dalam pembikinan lagu terbarunya. Bagi saya lagu "Melankoli" ini lebih ke arah menepati citarasa semua lapisan dengan nilai komersil berbanding dengan lagu-lagu Azlan sebelum ini. 

“Azlan telah menunjukkan kemantapan Vokal beliau dalam lagu "Melankoli" ini", ujar Dato' Mahadhir yang juga rakan kongsi kepada penyanyi bervokal mantap ini. 

Lagu "Melankoli" ini juga akan dimuatkan dalam album baru Azlan berjudul Diari yang dijangka berada di pasaran dalam bulan Mei nanti. 

Penyanyi bersuara tinggi ini ditemui ketika sidang media bersama Dayang Nurfaizah yang akan menjadi temannya dalam sebuah majlis Minggu Setiausaha yang baka berlangsung pada 8 April ini di Berjaya Times Square Hotel. -sumber 

Kredit: kamithemedia.blogspot.com 

(Gambar) WOW! Azlan & The Typewriter Pakai Ferrari? Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel