
Maka dengan ini terjawablah persoalan mengenai kisah pelawak Jep Sepahtu yang dikatakan mengamuk di belakang pentas selepas tewas kepada kumpulan Zero dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014, baru-baru ini.
Menurut laporan media tempatan, Jep telah menjelaskan bahawa isu itu adalah fitnah semata-mata dan mahu mengambil tindakan saman terhadap akhbar yang memulakan cerita tersebut.
Dia juga berkata, tidak ada apa-apa berlaku pada malam itu, sebaliknya dia dan Shuib terus dibawa ke bilik sidang akhbar oleh dua kakitangan Astro. Dua kakitangan itu menjadi saksi yang dia tidak mengamuk seperti digembar-gemburkan sebelum ini.
Dia bagaimanapun telah mendapatkan khidmat nasihat peguam untuk menyelesaikan kes tersebut. Sumber─ Siakapkeli.com.my