LUAHAN HATI SEORANG LELAKI BANTAH UNDANG-UNDANG (ISLAM) KUNO DI TERENGGANU!


Sekarang neh aku baca ramai la yang puji-pujian kerajaan negeri Terengganu yang konon-kononnya mula melaksanakan undang-undang islam islami di negeri tersebut. Aku sebenarnya memang jenis tak bersetuju denda-denda orang gunakan kuasa duit neh. Satu lagi aku pun memang tak bersetuju sibuk denda-denda orang biasa. Pada aku undang-undang terbaru di Terengganu tak layak dapat pujian. Bagi aku kenapa kau sibuk-sibukan orang yang naik motor, yang pakai baju tak tutup aurat dan sibuk-sibuk nak paksa peniaga tutup pada waktu solat jumaat.

Hmm..

Biar aku ceritakan dulu kenapa aku membantah undang-undang kuno lagi membosankan di Terengganu.

Terlebih dahulu kita perlu tahu apa peraturan baru yang dilaksanakan bagi memperlihatkan pentadbiran Terengganu tue islamiah la sangat.

Mula2. Agensi agama mengatakan setiap lelaki dan perempuan yang bukan mahram akan didenda jika naik motor bersama-sama.

Kemudian. Mereka akan mendenda wanita-wanita muslim yang berpakaian ketat dan seksi di tempat awam.

Dan terkini. Setiap yang tidak solat jumaat tanpa alasan yang sah, akan dibawa naik menggunakan van jenazah.

Sebelum itu. Terengganu menggunakan pemaksaan untuk peniaga tutup kedai pada waktu solat jumaat kerana lepaker-lepaker yang malas solat jumaat p melencong ke kedai-kedai untuk buang masa.

Dan. Tindakan-tindakan dari MAIDAN ini pula mendapat pujian dari orang Islam jika kau semua baca komen-komen di laman sosial. Aku orang Islam. Dan aku tidak memuji tindakan-tindakan ini. Dan kejap lagi. Aku akan bertukar menjadi orang Islam yang kena maki hamun dengan orang Islam yang lain sebab tidak bersetuju dengan undang2 gila dan merepek neh.

Bagi aku. Perkara pertama yang aku nampak tentang kewujudan undang2 ini ialah menjual agama.

Kerana apa? Kerana urusan jual beli denda berlaku disini.

Orang tue buat salah, kau denda dan kau dapat duit.
Dapat duit masuk dalam kantung agensi kau.
Pujian pun kau dapat konon-konon pentadbiran kau islami la sangat.
Tapi yang sebenarnya ini mungkin taktik bagi menambahkan pendapatan.
Diserap pula dengan elemen agama.
Maka manusia takut nak berbeza.
Nanti kena cop kafir, murtad dan liberal.
Sedangkan jika niat kau nak mendidik, maka elemen mendapatkan wang tue kau takan guna.

Apa yang kau buat ialah jika dia seksi kau suruh dia balik rumah dan tukar baju. Habis cerita. Jumpa lagi, suruh balik lagi dan tukar baju. Dan begitula secara berterusan. Pada yang liat mungkin kau boleh suruh dia buat kerja-kerja khidmat kemasyarakatan.

Tapi manusia neh reti rasa meluat bila kena gangu ko tahu.
Kalau dah 1000 kali asyik kena balik rumah dan tukar baju mao tension cheq dibuatnya.
Ah mampos la. Aku lainkali akan behave.

Jadi bagi aku unsur-unsur duit yang digunakan untuk membetulkan kembali moral masyarakat agar kembali kepada ajaran Islam bermaksud kau semua sedang jual-beli agama dan kepercayaan penganut.

Yang kedua. Aku rasa sesiapa pun tak berhak paksa sesiapa untuk solat dalam apa jua keadaan sekalipun kerana kepercayaan ialah sesuatu yang hanya tuan punya badan boleh tentukan.

Jika seseorang taknak bersolat jumaat atas alasan malas dan sebagainya orang lain tak berhak membuatkan dia rasa terpaksa untuk bersolat.

Apa guna dia terpaksa sedang dalam ahti dia rasa ah ini semua fak.

Kau tak membantu dia kembali faham apa yang dia perlu faham.

Lepas tue kau semua laju2 nak mengaibkan mereka dengan mengusung menggunakan van jenazah. Bodoh tak bodoh la juga Terengganu neh. Umat Islam yang setuju pun jadi bongek tak tentu pasal. Jika kau ada duit, mampu keluarkan peruntukan untuk 'gerakkan' van jenazah, daripada kau gunakan untuk hukum orang, kau gunakan la ia untuk kerja-kerja kebajikan. Kau semua pun tahu kos pengurusan jenazah semakin meningkat pada zaman ini. Kan baik offerkan tawaran guna van jenazah secara percuma. Kepada seluruh rakyat Terengganu. Ini barula wang pembayar cukai dimanfaatkan sepenuhnya. Apa pula kau nak babitkan rakyat Terengganu yang tak memasal untuk tanggung kos operasi bawa dorang dalam van jenazah. Macam takde akal.

Lepas tue sibuk-sibuk nak aibkan orang.

Wakil-wakil rakyat Terengganu tu dah tentu turun padang bantu selesaikan masalah rakyat ke.

Zero kemiskinan kah di Terengganu?

Semua rakyat dah mampu beli rumah kah?

Agensi agama sibuk-sibuk nak hukum orang biasa. Tapi agensi agama sedar ke tak sedar yang pemimpin-pemimpin di Terengganu tue pun belum tentu bagus akhlak dan moral mereka.

Kes stadium runtuh sampai sekarang takde apa-apa penyelesaian konkrit.
Dan kau semua orang-orang agama sibuk jual beli agama.
Bukan begitu caranya nak mendidik orang jadi cinta pada solat, pada agama.
Cara yang betul ialah kita memahami dirinya.
Kenapa dia jadi begitu dan kenapa mesti begini.
Apakah peranan yang boleh dijalankan oleh agensi agama bagi membantu dan membentuk individu berkenaan agar kembali ke arah agama.
Apakah dia benar-benar sudah jauh dan sudah tidak mahu percaya lagi.
Jika sekalipun dia memilih cara hidup begitu, jika tindakan dia tidak menjejaskan sesiapa maka siapa kita nak sibuk hukum-hukum mereka. Urusan agama dan kepercayaan adalah antara dia dengan tuhan. Bila seseorang sudah tidak mahu percaya atau hilang kepercayaan kepada agama, pemaksaan bukan jalan yang betul kerana ini 'kerja ahti'.

Kita boleh tarbiah.
Kita boleh bagi ilmu.
Kita boleh bantu dia.
Bagi sokongan dan dorongan. 
Bagi kefahaman dan pengetahuan.
Namun, jika akhirnya dia berkata, saya tidak percaya apa yang kamu percaya, maka apa kita nak buat lagi.

Jika dia tak kacau orang, lantak la dia nak solat atau taknak solat sekalipun. Perkara ini hanya jadi masalah dan layak diperaturankan jika seseorang yang tidak bersolat kacau hidup orang lain. Jika dia dok diam-diam tak kacau urusan orang, samada dia tak mahu solat fardhu ke jumaat ke apa ke kita semua jangan sibuk-sibuk nak menghukum. Jika mahu peduli, sila peduli untuk tarbiah. Jika tujuan peduli untuk hukum dan aib, eh pergi mampos la.

Seperti aku tidak pernah bersetuju kerajaan negeri Terengganu sibuk-sibuk hukum peniaga disebabkan ada orang2 Islam yang malas bersolat. Orang tue meniaga tak kacau orang. Dan ada orang tak bersolat lepak-lepak di pasaraya. Disebabkan tindakan orang yang tak bersolat, maka yang tak buat salah tak memasal kena tutup kedai. Apa ini ke yang Islam mahu kau buat? Sibuk-sibuk arah peniaga tutup kedai sebab ada orang taknak p solat jumaat?

Sibuk2 denda orang pakai seksi sebab muslimah malas jaga aurat.
Sibuk2 aibkan orang tak bersolat sebab muslim malas berjumaat.

Ini ke peranan agama yang perlu kita perbesar-perbesarkan dan sekaligus rasa berbangga kerana mendapat pujian dari pelaksanaan peraturan gila neh?

Yang aku nampak la. Kita kena lawan riba. Kita kena terapkan sistem ekonomi Islam yang adil dan saksama. Kita kena jadi pemimpin yang telus dan amanah. Kita perlu terapkan kefahaman yang betul tentang agama bermula dari pemimpin atasan kerana ini la akhirnya akan membuatkan rakyat beransur-ansur ikut. Patern aku mudah. Nabi dulu ikut hidup cara Islam. Nabi dulu solat. Nabi dulu jadi jujur dan adil. Maka orang akan senang dengan apa yang Nabi buat. Kerana amanah tadinya tue. Module pentadbiran Islam membentuk dari peringkat atasan. Perlahan-lahan orang biasa ikut dan terapkan dalam kehidupan. Pemerintahan melarang riba sekeras-kerasnya. Peniaga pun tak berani juga nak melampaui batas. Kerana polisi pentadbiran menjaga hak masyarakat. Tapi apa yang berlaku di Malaysia ianya berbeza dari apa yang aku baca tentang sejarah Islam. Sejarah hidup Nabi. Di negara kita, sibuk mendenda orang biasa. Sibuk mencari salah rakyat marhaen. Dan rakyat marhaen akan berbodoh-bodohan memuji tindakan diskriminasi asal saja unsur-unsur islami diterapkan. Aku tak nampak keindahan tentang Islam melalui peraturan2 baru di Terengganu. Apa yang aku nampak hanyala sebuah fak. Dan fak itu akan membuatkan orang mula fikir salah tentang Islam. Aku tak percaya Islam akan hancur. Tapi aku yakin umat Islam berperanan menghancurkan Islam. Sebab ini yang aku nampak terjadi di Malaysia, tak kira la ceruk mana pun.


Sumber

LUAHAN HATI SEORANG LELAKI BANTAH UNDANG-UNDANG (ISLAM) KUNO DI TERENGGANU! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel