Ini Alasan Peniaga Yang Tidak Mahu Turunkan Harga Barang, Boleh Terima?


Secara automatiknya, peningkatan terhadap kos bahan api akan membuatkan kos makanan di kedai-kedai juga meningkat. Tetapi, apabila harga minyak turun, kos makanan tidak pula turun. Hal ini berlaku hampir di kesemua tempat, dari restoran hinggalah ke gerai-gerai tepi jalan. Persoalannya, siapa yang harus dipersalahkan?

Trend ini menyebabkan orang ramai mula rasa tidak berpuas hati dan menunding jari pada kerajaan yang didakwa tidak menurunkan harga barang. Boleh dikatakan, trend ini berlaku setiap tahun.

Persatuan Pemilik Lori Pan-Malaysia (PMLOA) menggesa ahli-ahlinya untuk mengikuti trend semasa harga diesel demi untuk menyesuaikan caj pengangkutan.Walau bagaimanapun, presidennya ,Jong Foh Jit berkata margin pelarasan tidak dapat dibuat kerana terdapat sekatan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

“Harga diesel turun adalah berdasarkan kepada trend harga minyak mentah dunia tetapi tiada siapa tahu sampai bila,” ujarnya.

Selain itu, Jong juga turut menggesa pihak kerajaan supaya mengurangkan cukai keatas beberapa alat ganti yang lain dan tayar.

Presiden Malaysia Persatuan Pemilik Restoren India Muslim (Presma), Noorul Hassan Saul Hameed menjelaskan bahawa pihaknya ingin mengurangkan harga makanan namun keperluan perbelanjaan masih lagi tinggi dan mampu berikan kerugian sekiranya menjual makanan pada kadar harga yang murah.

“Kami bersedia untuk menurunkan harga makanan sekiranya ada keuntungan kepada kedua-dua belah pihak, namun susah pada masa sekarang kerana pihak kami tidak dapat menampung charge yang ditetapkan oleh pembekal,” kata presiden tersebut.

Umum mengetahui, harga minyak untuk  RON95, RON97 dan diesel telah disemak semula dimana ia hanya bernilai RM1.91, RM2.11 dan RM1.93 masing-masing mulai 1 Jan. Sebelum ini, RON95 dan RON97 berharga RM2.26 dan RM2.46 seliter, manakala harga diesel adalah RM2.23 seliter.

Noorul Hassan menggesa pembekal supaya lebih bertanggungjawab dan bersikap terbuka untuk melakukan perbincangan dengan pemilik restoran tentang bagaimana cara untuk menurunkan harga.

“Restoran yang dibekalkan oleh syarikat-syarikat besar tidak mempunyai kuasa tawar-menawar banyak kerana keuntungan  syarikat-syarikat ini tidak bergantung kepada mereka.Hanya kedai-kedai yang dibekalkan oleh firma-firma kecil sahaja boleh meminta harga yang lebih rendah,” katanya.

Selain itu, bagi Ketua Pesiden Persatuan Kedai Kopi Malaysia-Singapura, Ho Su Meng berkata beberapa ahli memainkan peranan penting melibatkan kos sebelum membuat keputusan melibatkan kos kentungan kerugian sebelum menetapkan harga makanan.

“Untuk pengetahuan semua, caj pengangkutan kami untuk mendapatkan bekalan masih tetap sama walaupun harga bahan api turun sejak kerajaan memansuhkan subsidi. Sehingga kini, kami masih menunggu sekiranya caj pengangkutan dan beberapa perbelanjaan lain diturunkan ,kemudian, barulah pihak kami akan menasihati ahli-ahli untuk mengurangkan harga,” ujarnya.

Ho memberitahu bahawa kedai kopi juga ada  perbelanjaan lain seperti bil utility dan sewa gaji kakitangan dipertimbangkan sebelum menurunkan harga makanan mereka.

“Bil air and elektrik untuk kedai-kedai kopi adalah tinggi dan sewa sebuah kedai di Kuala Lumpur di antara RM20,000 hingga RM30,000 sebulan. Oleh itu, caj pengangkutan perlulah dikurangkan sebelum kurangkan harga makanan," katanya.

Pegawai Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) , Uma Ramaswamy berkata sudah tiba masanya bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk menguatkuasakan Akta Anti-Pencatutan. Beliau menjelaskan kementerian perlu memastikan bahawa harga makanan sesuai dengan harga minyak.

“Jika para pengguna merasakan peniaga-peniaga mendapat pendapatan lebih daripada yang sepatutnya, para pengguna harus dan perlu membuat aduan kepada kementerian,” katanya.

Kredit: TheHypeMedia.com

Ini Alasan Peniaga Yang Tidak Mahu Turunkan Harga Barang, Boleh Terima? Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel