Yuran Langganan Mangsa Banjir Macam Mana? Ini Jawapan Mengejutkan Pihak Astro!



SUSULAN bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri, syarikat TV berbayar satelit, Astro mengambil inisiatif untuk mengetepikan yuran langganan pelanggannya yang terjejas.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Astro kepada Sinar Harian Online, hari ini, pengetepian yuran itu berlaku sehingga tempoh enam bulan.

“Berikutan banjir yang melanda, Astro menawarkan kepada pelanggan yang terjejas akibat banjir, penukaran pakej yang dilanggan kepada pakej Astro Family Pack dengan pengetepian yuran langganan sehingga 6 bulan dan penggantian set dekoder tanpa kos tambahan, tertakluk pada syarat dan peraturan.

“Apabila keadaan semakin pulih, pelanggan boleh menghubungi pihak Astro untuk kembali ke pakej asal,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, tersebar di media sosial tentang permintaan salah seorang mangsa banjir yang memohon agar pihak Astro mengecualikan yuran langganan sehingga tiga bulan ekoran bencana itu telah merosakkan TV serta dekoder Astro milik mereka.

Rungutan mangsa banjir yang menjadi viral di media sosial.
Melalui permintaan itu juga, mangsa meminta agar dekoder dapat diganti secara percuma selepas ditenggelami air. - Sinar Harian

Yuran Langganan Mangsa Banjir Macam Mana? Ini Jawapan Mengejutkan Pihak Astro! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel