Terbongkar! Pakar Dedahkan Punca Pesawat Air Asia QZ8501 Terhempas, Logikkah?


JAKARTA: Pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura Ahad lalu mungkin terbang terlalu perlahan apabila menghampiri kawasan cuaca buruk.

Portal berita Herald Sun melaporkan Pengarang laman web penerbangan, airlineratings.com, Geoffrey Thomas percaya pesawat QZ8501 menghadapi cuaca buruk namun terbang terlalu perlahan untuk mengelak keadaan itu.

“Juruterbang-juruterbang yang saya temui percaya anak kapal pesawat QZ8501 cuba mengelak ribut dengan meningkatkan altitud namun mendapati mereka terbang terlalu perlahan dan mengurangkan keadaan pegun aerodinamik, keadaan hampir sama dalam kejadian pesawat Air France AF447 yang terhempas pada 2009,” jelasnya.

Thomas berkata, pesawat Airbus A320 itu terbang terlalu perlahan pada kelajuan kurang kira-kira 100 knot iaitu kira-kira 160 kilometer sejam berbanding kelajuan sepatutnya pada altitud ketika kejadian itu, satu perkara yang sangat berbahaya.

“Saya ada plot radar yang menunjukkan pesawat itu berada pada ketinggian 36,000 kaki dan pada kelajuan 353 knot, yang sepatutnya pesawat itu berada kelajuan kira-kira 453 knot.. jika perolehan radar adalah benar, QZ8501 terbang terlalu perlahan di altitud itu,” jelasnya.

Beliau berkata, keadaan itu tidak sepatutnya berlaku kepada pesawat canggih tersebut jadi apa yang berlaku dilihat mempunyai kaitan dengan cuaca buruk.

“Pesawat mungkin terperangkap dalam satu pusaran angin atau sesuatu seumpama itu. Sesuatu yang menimbulkan masalah.

“Pada asasnya, pesawat itu terbang terlalu perlahan di altitud dengan tekanan udara rendah, dan sayap pesawat tidak akan menyokongnya pada kelajuan itu menyebabkan wujudnya keadaan pegun aerodinamik,” katanya.

Thomas menambah, walaupun pesawat itu canggih namun tidak dilengkapi sistem radar terkini.

Beliau berkata, radar digunakan pesawat itu adakalanya mempunyai masalah dalam ribut dan juruterbang mungkin ‘tertipu’ berhubung tahap ribut petir tersebut.

“Teknologi radar terkini yang digunakan Qantas pada 2002, boleh memberikan bacaan lebih baik berhubung ribut petir namun masih belum diluluskan untuk penggunaan pesawat Airbus 320,” katanya. ~free malaysia today

Terbongkar! Pakar Dedahkan Punca Pesawat Air Asia QZ8501 Terhempas, Logikkah? Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel