Punca Sony Pictures Digodam Dan Dalang Disebaliknya Didedahkan!


Sony Pictures akan mengumumkan secara rasmi Korea Utara sebagai dalang disebalik penggodaman yang telah menyebabkan fail-fail sensitif terdedah dan juga menyebabkan rangkaian korporatnya terganggu, memetik laporan dari recode.net.

Bagaimanapun, butiran tentang apa yang akan diumumkan oleh Sony masih belum dapat dipastikan tetapi apa yang pasti nama Korea Utara akan diumumkan sebagai dalang disebalik penggodaman itu.

Sejak dari penggodaman itu, pekerja-pekerja Sony(studio) terpaksa menutup komputer mereka dan bekerja menggunakan pen dan kertas. Selain itu beberapa fail sensitif, termasuk data pendapatan pekerja, pelan produk dan beberapa video(termasuk file Fury yang baru ditayangkan pada Oktober) telah didedahkan ke internet.

Difahamkan, punca penggodaman ini adalah kerana Korea Utara cuba menghalang Sony dari menyiarkan filem bertajuk "The Interview" yang memaparkan dua orang wartawan dari Amerika direkrut oleh CIA untuk membunuh pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un. Sumber - Siakapkeli.com.my

Punca Sony Pictures Digodam Dan Dalang Disebaliknya Didedahkan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel