Punca Remaja Maut Dibelasah Di Gelanggang Futsal
Seorang remaja mati dibelasah lima lelaki yang berang setelah mereka dimarahi oleh mangsa kerana mengejek neneknya.
Mangsa maut pada Jumaat, selepas bertarung nyawa sejak dimasukkan ke hospital selepas kejadian di gelanggang futsal sebuah pangsapuri di Damansara Damai pada Khamis
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Azmi Abu Kassim, dalam kejadian kira-kira jam 11 malam Khamis, mangsa, Mohd Farhan Osmera, 16, cedera di muka akibat dipukul sehingga pengsan.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan dan disahkan meninggal dunia jam 9.30 pagi, semalam.
Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan cedera di muka mangsa akibat ditumbuk dan berada pada tahap kritikal ketika dibawa ke hospital.
“Mayat mangsa akan dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian dan pemeriksaan di tempat kejadian mendapati pagar di gelanggang futsal bengkok dipercayai kesan pergelutan.
“Forensik berjaya mengumpul sembilan helai rambut dan sepasang selipar tanpa jenama bersaiz enam dipercayai milik mangsa di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan media hai ini.
Susulan kejadian itu, enam lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu ditahan pada jam 8 malam semalam.
Azmi berkata, semua suspek berusia 14 hingga 43 tahun ditahan reman untuk siasatan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber: http://bm.therakyatpost.com/