PUNCA JURUTERBANG PESAWAT AIRASIA QZ8501 UBAH HALUAN SEBELUM HILANG TERJAWAB!


Pesawat QZ8501 milik AirAsia Bhd daripada Surabaya ke Singapura dilaporkan telah diminta untuk menggunakan laluan lain sebelum ianya terputus hubungan. Laporan Reuters berkata, pegawai di Kementerian Pengangkutan Indonesia, Hadi Mustofa berkata, pesawat berkenaan diminta untuk tidak menggunakan laluan biasa.

Punca juruterbang pesawat AirAsia QZ8501 ubah haluan sebelum hilang terjawab – Juruterbang pesawat AirAsia yang hilang dikatakan sempat membelok ke kiri laluannya untuk menghindari awan tebal pada jam 6.17 pagi waktu Indonesia, seminit sebelum hilang dari radar.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia, terdapat awan tebal jenis ‘cumulonimbus’ di sekitar laluan pesawat yang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura. Awan cumulonimbus terbentuk hasil dari ketidakstabilan atmosfera yang menghasilkan petir.

Pihak AirAsia Indonesia mengesahkan pesawat Airbusnya dengan pendaftaran QZ8501 dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura hilang dari pantauan radar pada 7.24 pagi (waktu Malaysia). Pesawat Airbus A320 sepatutnya tiba di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.

Pesawat Airbus A320-200 itu dipercayai membawa 155 orang penumpang dan anak kapal dan kini operasi mencari dan menyelamat sedang dipergiatkan. Laporan media menyebut sejumlah 149 penumpang adalah warga Indonesia, tiga daripada Korea dan masing-masing seorang daripada Singapura, Britain dan Malaysia merupakan penumpang pesawat tersebut.


BACA JUGA:





Menerusi laman Twitter AirAsia yang turut dikongsi dalam laman Facebook syarikat itu, pihaknya sedang meneliti maklumat berkenaan status penumpang dan juga anak kapal pesawat itu. AirAsia juga sudah menubuhkan Pusat Talian Kecemasan kepada keluarga dan waris penumpang dan mereka boleh menghubungi talian itu di +622129850801. AirAsia akan memberikan perkembangan dari masa ke semasa dan segala maklumat boleh didapati dalam laman web AirAsia di www.airasia.com.

PUNCA JURUTERBANG PESAWAT AIRASIA QZ8501 UBAH HALUAN SEBELUM HILANG TERJAWAB! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel