Mohon Sebarkan! Taktik Terkini Sindiket Curi Kereta Di Pusat Beli Belah


Sekiranya anda pernah nampak motorsikal mengambil tiket parkir, sila buat aduan di bilik pengawal dengan kadar segera dan pastikan no plat motorsikal tersebut turut di ambil(paling mudah ambil gambar). Untuk makluman semua, ini adalah sindiket mencuri kereta yang sedang di giatkan oleh penjenayah sekitar pusat membeli belah. Kepada anda semua, sila pastikan kenderaan anda dalam keadaan selamat sebelum anda memasuki mana-mana pusat membeli belah.

Gambar di ambil oleh seseorang ketika hendak membeli belah di JUSCO Tebrau,Johor.

TIPS UNTUK MENGELAKKAN CERMIN DIPECAHKAN

1. Sebelum keluar rumah, pastikan dalam kereta anda tiada beg atau apa-apa yang boleh menarik perhatian pencuri/penjenayah.

2. Apa yang perlu anda buat sekiranya anda baru perasan ada beg yang belum di simpan?

(I) Berhentikan kereta di bahu jalan dan simpan/sembunyikan beg ke dalam 'boot' kereta anda dan pastikan jarak dalam lingkungan 10km sebelum sampai ke destinasi.

(II) Sekiranya sudah hampir, jangan masuk ke kawasan parkir terlebih dahulu. Anda perlu cari stesen pam minyak yang berdekatan untuk anda sembunyikan beg tersebut.

3. Pastikan tiada kenderaan yang mengekori anda melebihi 5-10km sebelum sampai ke destinasi. Sekiranya ada, teruskan pemanduan sehingga ke Balai Polis berdekatan.

4. Beli alat pemadam api yang bersaiz kecil dan simpan di bawah tempat duduk pemandu. Ia berguna sekiranya ada cubaan memecahkan cermin kereta anda di kawasan lampu isyarat.

Via FB Demi Rakyat Johor 

Mohon Sebarkan! Taktik Terkini Sindiket Curi Kereta Di Pusat Beli Belah Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel