Lelaki Dera Kucing Tampil Dedahkan HAL SEBENAR 'Sumbat Kucing Dalam Tandas'!


Sungguhpun sudah terlambat, namun lelaki yang dilabelkan kejam itu berkeras mahu membuat penjelasan mengenai video kes dera kucing yang telah pun menjadi viral di laman sosial.

Miki Monzter, lelaki gempal yang berpakaian hitam video tersebar itu tampil menceritakan hal sebenar mengenai perbuatannya itu.

"Tak sangka video lama aku dulu jadi famous."

Kucing itu aku jaga (dengan) baik sehingga dia mati. Anak tiga ekor, aku perhabiskan duit jaga sampai besar dan aku tak sangka sikap saudara aku sendiri membuka aib yang lama sehingga aku dicari dalam Facebook ini.

Aku hanya berdoa pada Allah SWT.  Moga Allah membalas segala perbuatan bekas sepupu aku itu.

Cukulah dia buka aib aku pada seluruh kerabut keluarga dan sepupu aku sebelum ini. Sekarang, dah buka aib di seluruh Malaysia.

Ini tanda-tanda kiamat sesama saudara sedarah berpecah belah.

Nama kuling itu Julia. Julia, aku dah minta maaf pada kamu dan aku jaga kamu. Aku tak salahkan orang yang comment dan maki-maki, ugut-ugut aku sebab bukan salah mereka pun. Mereka tak tahu apa yang terjadi sebenarnya.

Kuling itu tak mati di tandas itu. Elok selepas rakaman video, aku jaga dia. Biarlah orang buat aku macam ini.

______________________________________

Tiada sesiapa yang menjangkakan video yang tersebar itu adalah video lama. Walaupun Miki telahpun bertaubat dari tindakan kejamnya itu dengan menjaga dan membela anak-anak kucing itu, namun para pencinta kucing masih mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu terbabit. - MYMEDIAHUB

Lelaki Dera Kucing Tampil Dedahkan HAL SEBENAR 'Sumbat Kucing Dalam Tandas'! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel