Laut Pulau Belitung Banyak Jin! - Gabenor Bandaraya Jakarta


JAKARTA: Gabenor Bandaraya Jakarta,  Basuki Tjahaja Purnama, ataupun dengan nama panggilan mesra Ahok tidak mahu membuat sebarang spekulasi tentang kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 laluan Surabaya-Singapura walaupun pesawat itu ghaib di perairan Bangka Belitung iaitu kampung beliau.

Beliau sebaliknya menyerahkan pencarian itu kepada pihak berkuasa dan penyelamat dan menyifatkan beliau tidak mempunyai pengetahuan dalam operasi pencarian tersebut.

BACA: Pendedahan Mengejutkan Bomoh Indonesia Mengenai Lokasi Pesawat AirAsia QZ8501

Ahok berkata beliau selalu pulang ke Bangka Belitung tetapi tidak pernah mengalami sebarang kejadian pelik.

Mantan Bupati (Ketua Daerah) Belitung Timur itu sempat membuat lawak tentang keadaan sebenar periran Belitung  dengan mengatakan "disana terdapat banyak jin".

Beliau menyokong adiknya yang sekarang menjawat jawatan sebagai Bupati Belitung Timur, Basuri Tjahaja Purnama, untuk membantu pencarian Air Asia jenis Airbus A320-200 PK-AXC itu. 

"Dia bupati, dia bertanggungjawab tentang hal di sana, di situ dia adalah tuan rumah dan dia kena membantu dan melayan petugas pencarian semua," kata Ahok.

Pesawat Air Asia laluan Surabaya-Singapura dipercayai hilang selepas terputus hubungan dengan menara kawalan pada Ahad pagi, 28 Desember 2014.

Pesawat itu bertolak dari Bandara Juanda dengan membawa 155 orang penumpang dan 7 anak kapal. Penumpang yang menaiki pesawat tersebut membawa terdiri daripada rakyat Indonesia, Prancis, Korea Selatan, Malaysia, Singapura, dan Britain.

Pesawat QZ8501 itu terpututs hubungan setelah meminta izin untuk menukar laluan ketinggian kepada Air Traffic Control. oleh Kapten Iryanto, pilot Air Asia dari ketinggian 32 ribu kaki kepada 38 ribu kaki.-Siakapkeli.com.my

Laut Pulau Belitung Banyak Jin! - Gabenor Bandaraya Jakarta Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel