Kerana Pampers, Wanita & Anak Diugut Bunuh Oleh Peniaga Online!

Seorang pengguna Facebook, Rayza Mirza, mendedahkan dirinya dan anak-anaknya diancam bunuh oleh seorang peniaga online hanya kerana dituduh menipu.

Rayza mendakwa, dia telah diugut bunuh oleh seorang peniaga wanita, Emma Ernawati Binti Jamil, yang mengaku menjual pampers jenama Mamy Pokok dengan harga yang murah.

Menurut Rayza, wanita terbabit marah setelah Rayza mengetahui bahawa Emma adalah seorang penipu. Razya mendakwa, Emma telah banyak menipu orang terutamanya di Majalah.com.


“Dia dah banyak tipu orang kat Majalah.com. Dah ramai kawan-kawan yang terkena,”dedah Rayza.

Berang dengan dakwaan mangsa, peniaga terbabit mengugut mahu membunuh mangsa dan anak-anaknya.

“Muka teok muka tua buruk pulak tu. Aku lagi lawa dari ko gemok. Nanti kau, anak-anak kau akan jadi mangsa!! Tengok la, kau hina-hina aku ye, tunggu je mayat anak kau terlantar depan kau. Aku bukan calang-calang orang taw! Aku taw alamat ko bangkai.

“Woi babi! Aku akan bunuh anak-anak kau. Tengok la nanti. Itulah, lain kali jangan sedap mengata orang je! Sekarang bunuh membunuh ni da jadi game tak ada hal la. Ko tengok la aku upah orang saja,” katanya kepada mangsa menerusi sms.



Mangsa yang bimbang dengan keselamatan diri dan keluarganya telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. - MYMEDIAHUB

Kerana Pampers, Wanita & Anak Diugut Bunuh Oleh Peniaga Online! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel