Ini Berita Sebenar 2 Maut, Kereta Petronas Hancur Ketika Hantar Bantuan!



Gambar kemalangan pada 26 Dis lalu yang digunakan untuk melaporkan berita palsu.
Dungun , 28 Dis - Baru-baru ini tersebar satu gambar yang memaparkan sebuah pacuan empat roda milik petronas terlibat kemalangan ketika cuba menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan. Berita itu juga turut mendakwa tiga orang maut dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, sebenarnya gambar itu adalah gambar dari satu kejadian kemalangan di Kilometer 5, Jalan Paka-Bandar Al-Muktaffi Billah Shah berhampiran Kampung Santong yang berlaku pada 26 Disember.

Menurut laporan dari Bernama pada 26 Disember, sebenarnya mereka yang berada di dalam kenderaan terbabit dalam perjalanan ke tempat kerja.

Walaubagaimanpun, nama mereka yang terlibat dalam kemalangan adalah benar. Dua maut dalam kemalangan tersebut iaitu Rosli Mahmud dan Nusuki Mohammed manakala seorang lagi, Mat Zian Mat Zin cedera di kaki dan dihantar ke Klink Kesihatan Rantau Petronas.
DUNGUN 26 Dis. – Dua pekerja Petronas maut selepas pacuan empat roda mereka terbabas di Kilometer 5, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah berhampiran Kampung Santong pagi tadi.
Mangsa dikenali sebagai Nusuki Mohamed, 45, yang maut di tempat kejadian dan Rosli Mahmud, 52, yang meninggal dalam perjalanan ke Hospital Dungun.
Rakan mereka Mat Zian Mat Zin, 48, cedera di kaki dan dihantar ke Klinik Kesihatan Rantau Petronas dalam kejadian 9 pagi itu.
Mereka dipercayai dalam perjalanan menuju ke tempat kerja mereka di Petronas Gas Santong.
 Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, Asisten Supritendan Elias Abu Bakar mengesahkan kemalangan itu. – Bernama

Diharap orang ramai tidak mudah percaya dengan berita yang tidak sahih yang disebarkan melalui media sosial terutamanya aplikasi Whatsapp.
Sumber - Siakapkeli.com.my

Ini Berita Sebenar 2 Maut, Kereta Petronas Hancur Ketika Hantar Bantuan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel