Hanya Kerana Curi Panadol, Lelaki Ini Dikenakan Hukuman Tak Masuk Akal!


KUALA LUMPUR: Tidakan seorang lelaki yang mencuri panadol kerana tidak sihat telah menyebabkannya telah dihukum penjara selama enam bulan oleh mahkamah.

Hukuman itu telah dijatuhkan oleh Majistret Azura Murah kepada Amran Anuar, 37, selepas mengaku bersalah semalam kerana mencuri tiga kotak panadol bernilai RM116.70 daripada sebuah kedai runcit.

Amran merupakan seorang pengangurtelah menyelinap masuk dan mencuri panadol itu di Pasaraya Haniffa, di Jalan Masjid India pada pukul 5 petang 20 Disember lepas.

Tindakanya itu telah menyebabkan penggera berbunyi menyebabkan beliau telah melarikan diri dan bagaimanapun beliau telah berjaya ditangkap oleh orang ramai sebelum menyerahkannya kepada polis.

Amran yang tidak diwakili peguam, merayu untuk tidak dihantar ke penjara kerana menghidap asma.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya S. Ravindren menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana tertuduh mempunyai beberapa sabitan kes terdahulu kerana mencuri.


sumber-Siakapkeli.com.my

Hanya Kerana Curi Panadol, Lelaki Ini Dikenakan Hukuman Tak Masuk Akal! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel