Guru Kesal, Shabery Cheek 'Mungkir Janji' Nak Beri Laptop Percuma Pada Guru!


16 Mei 2014 yang lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Ahmad Shabery Cheek, telah melafazkan janji untuk memberi setiap guru sebuah Netbook 1Malaysia bersempena sambutan Hari Guru.

Bagaimanapun, sudah tujuh bulan telah berlalu, janji yang dilafazkan itu kini hanya tinggal janji dan terus senyap dan sepi tanpa sebarang perkembangan.

Menurut guru sekolah rendah, Mohamad Azian Abdul Aziz, dia masih ingat lagi ketika menteri terbabit mengeluarkan kenyataan dimana 400,000 akan menerima komputer riba tersebut.

Ahmad Shabery juga turut menyatakan bahawa pemberian komputer riba itu sebagai hadiah kepada guru yang dianggap sebagai tonggak kemajuan negara.

"Persoalannya, bila komputer yang dijanjikan itu akan sampai ke pangkuan kami? Kalau tak janji, kami pun tidak akan bertanya, apa lagi untuk menuntut," kata Mohamad Azian Abdul Aziz.

Mampu atau tidak untuk membeli komputer riba itu bukan persoalan dan tidak perlu dibangkitkan. Tetapi apa yang dituntut adalah janji yang telah dilafazkan adalah wajar ditunaikan.

"Memang boleh dikatakan semua guru kini memilik komputer riba sendiri kerana ia merupakan satu keperluan dalam urusan kerja seharian. Namun itu bukan alasan untuk memungkiri janji yang telah dibuat oleh Shabery Cheek," ujarnya.

Sepatutnya, apa-apa perkembangan mengenai janji itu perlu dimaklumkan agar ia tidak terus menjadi bahan bualan sesama guru. - MYMEDIAHUB

Guru Kesal, Shabery Cheek 'Mungkir Janji' Nak Beri Laptop Percuma Pada Guru! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel