GILIRAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA PULA DIFITNAH BERITA PALSU!


Dalam tempoh tiga hari kebelakangan, berita-berita dan maklumat-maklumat palsu menjadi viral terutama selepas SKMM mengumumkan beberapa nama individu yang dicari kerana penyebaran maklumat palsu berhubung banjir di Manek Urai, Kelantan.

Pengumuman yang dibuat oleh SKMM rupa-rupanya menjadi tidak ubah seperti baja pada pokok yang kurus. Selepas pengisytiharan tersebut, semakin menjadi-jadi berita dan maklumat palsu yang menggunakan Facebook dan WhatsApp sebagai medium utama. Baik menerusi penggunaan teks, mahupun grafik yang telah dipertingkatkan resolusi dan kreativitinya, golongan berkenaan dengan sengaja cuba mencabar pihak berkuasa untuk bertindak ke atas mereka.

Kegagalan pihak berkuasa terutama SKMM mendorong mereka untuk terus mengejek-ngejek serta memperlekehkan pihak berkuasa kerana masih gagal menangani serta mengambil tindakan ke atas mereka.

Secara jelas, pihak berkuasa khususnya SKMM memang kelihatan tidak berupaya untuk menangani masalah sebegini walaupun telah mengeluarkarn kenyataan yang kemudian diperolok-olokkan oleh golongan berkenaan.

GILIRAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA PULA DIFITNAH BERITA PALSU! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel