(Gambar) Wajah Remaja Maut Dibelasah Di Gelanggang Futsal, Luahan Hati Ibu Mangsa

Mohd Farhan Osmera
PETALING JAYA: Mengambil jenazah anaknya di Universiti Malaya Medical Centre yang meninggal akibat cedera parah selepas diserang enam lelaki, ibu kepada Mohd Farhan berkata dia mahu bersemuka sendiri dengan pembunuh anaknya.

"Saya mahu tanya kenapa dia bunuh anak saya. Saya harap dia mati macam anak saya mati", kata Suriah Asibi, 47, memetik laporan dari The Star.


Anaknya, Mohd Farhan Osmera, 18, dilaporkan cedera parah setelah dipercayai diserang oleh enam lelaki dipercayai bersaudara di Apartmen Permai, dekat Damansara dua hari lepas. Setelah 12 jam bertarung nyawa di hospital, Mohd Farhan akhirnya meninggal dunia disana.

Menurut laporan, mangsa dikatakan berselisih faham dengan seorang rakannya di gelanggang futsal kira-kira jam 8 malam. Walaupun pertelingkahan itu berjaya dileraikan oleh orang ramai, suspek bertindak menyerang mangsa sejam kemudian bersama-sama sanak-saudaranya. -Siakapkeli.com.my

(Gambar) Wajah Remaja Maut Dibelasah Di Gelanggang Futsal, Luahan Hati Ibu Mangsa Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel