Gadis Rompak Bank RM300 Juta Dengan Pisau Pemotong Daging, Kejadian Berlaku Di KL!


KUALA LUMPUR - Seorang wanita muda bertindak gila, cuba merompak sebuah bank di Jalan Gombak dengan bersenjatakan pisau pemotong daging.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 4.30 petang kelmarin, suspek masuk ke dalam bank sebelum melompat masuk terus ke kaunter pekerja dan mengacukan pisau.

Suspek kemudiannya memaksa pekerja bank menyerahkan wang tunai sebanyak RM300 juta dan mengugut akan mencederakan mereka jika kemahuannya tidak dituruti.

Bagaimanapun, tindakan berani seorang pelanggan bank telah berjaya mematahkan rancangan suspek dengan bertindak pantas merampas pisau pemotong daging itu dari tangan suspek.

Melihat tindakan berani individu berkenaan, beberapa individu yang lain juga cuba membantu menahan suspek yang meronta-ronta mahu melepaskan diri. Pengurus bank yang melihat kejadian itu segera menghubungi pihak polis.

Suspek ditahan dan polis merampas sebuah beg galas serta pisau yang digunakan oleh suspek.

Siasatan awal, suspek hanya mendiamkan diri dan enggan memberikan kerjasama. Bagaimanapun, setelah didesak, akhirnya dia memberitahu mempunyai masalah bebanan hutang.

Suspek dipercayai mengalami tekanan perasaan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan. - MYMEDIAHUB

Gadis Rompak Bank RM300 Juta Dengan Pisau Pemotong Daging, Kejadian Berlaku Di KL! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel