Kota Bharu : Pengemis yang berpakaian seperti mereka orang alim budak pondok atau tahfiz, mereka mengaut pendapatan Rm 2000 sehari hasil dari mengemis di kawasan tumpuan ramai di Pasar Wakaf Che Yeh.
Namun apa yang mengejutkan adalah mereka sebenar nya bukan orang alim atau orang islam, mereka adalah keturunan siam dan beragama budha yang memperalatkan agama islam untuk raih simpati.
Selepas operasi Ops Pengemis di lakukan oleh pihak-pihak berwajib baru lah kisah dan niat jahat mereka terbongkar.
Mereka gagal untuk mengucap dan mereka juga gagal untuk membaca surah Al-fatihah dan mereka mengakui bukan orang islam.
Orang ramai begitu mudah memberi derma untuk mereka kerana terpedaya dengan cara dan perwatakan mereka seperti orang alim.
Semoga kes-kes seperti ini terus di bendung oleh pihak berwajib bagi menggelakan orang ramai tertipu dengan taktik licik mereka.
Kredit: NewsRedApple