AlFatihah, Punca Datuk Mustapha Maarof Meninggal Dunia


Seniman Datuk Mustapha Maarof meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju dekat sini kira-kira pukul 8.30 pagi, Isnin.

Berita kematian itu di sahkan kepada mStar Online oleh Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang dekat sini berdekatan pusara isterinya, seniwati Roseyatimah.

Mustapha, 79, dimasukkan ke Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur (HKL)  pada 25 November lalu selepas mengalami kesukaran bernafas akibat komplikasi paru-paru.


Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 2 Disember lalu bagi mendapatkan rawatan susulan.
Keadaan Allahyarham sepanjang dirawat di hospital berkenaan adalah kritikal dan bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan.

Antara filem-filem lain lakonan beliau ialah Sultan Mahmud Mangkat Di Julang, Yatim Mustapha, Seri Mersing dan Naga Tasik Chini.

Pada tahun 2010, beliau diumumkan penerima Anugerah Tokoh Perfileman yang diberikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas). 

Beliau juga pernah dipilih sebagai presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Sedikit mengenai latar belakang keluarga, Allahyarham adalah anak kepada akauntan Melayu bertauliah yang pertama di negara ini dan nama Jalan Maarof di Bangsar dinamakan sempena bapa Allahyarham. Al-fatihah salam takziah. Credit Mstar

AlFatihah, Punca Datuk Mustapha Maarof Meninggal Dunia Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel