Ahli Keluarga Penumpang Terima SMS, Dakwa Pesawat AirAsia QZ8501 Selamat Mendarat!


Di kala pihak berkuasa sedang mencari jawapan apakah sebenarnya yang terjadi pada pesawat AirAsia QZ8501 yang dipercayai telah terhempas di kawasan laut berhampiran Belitung, portal berita Indonesia, Detik.com percaya masih ada harapan untuk QZ8501.

Lapor portal berkenaan, ahli keluarga penumpang mendedahkan mereka menerima mesej (BBM) yang mendakwa pesawat berkenaan selamat mendarat.

Intan, adik perempuan kepada seorang penumpang, Martinus Djomy berkata, “Kabarnya mendarat darurat di Belitung Timur, semua selamat. Tapi kita tetap butuh (perlukan) kepastian,”

Abangnya, Martinus dalam penerbangan ke Singapura dengan isteri, anak serta pengasuh anaknya. 

‘Mesej’ berkenaan telah diberikan kepada pihak berkuasa di Pusat Krisis, Juanda. Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang pengesahan mengenai mesej itu adalah benar atau sebaliknya.

Dalam perkembangan yang lain, SAR Indonesia berkata, agensinya tidak menerima sebarang isyarat transmitter dari pesawat QZ8501 setakat ini. 

Berkemungkinan transmitter telah rosak akibat impak pesawat terhempas atau telah tenggelam ke dasar laut.


Pesawat AirAsia QZ8501 membawa 155 penumpang dan 7 anak kapal dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura telah dilaporkan terputus hubungan dengan Menara Trafik Udara Surabaya selepas berlepas pada jam 5.20 pagi. SUMBER- MYMEDIAHUB

Ahli Keluarga Penumpang Terima SMS, Dakwa Pesawat AirAsia QZ8501 Selamat Mendarat! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel