(6 GAMBAR) 3 Maut Dalam Kemalangan Ngeri Di Batu 9 Lekir!


Sitiawan: Tiga lelaki maut selepas tercampak keluar dari lori satu tan yang mereka naiki dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Batu 9 Lekir, di sini, 9.30 pagi tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada 9.43 pagi dan kemalangan membabitkan sebuah treler membawa muatan besi, lori satu tan dan kereta jenis Perodua Viva.

"Kemalangan itu menyebabkan tiga lelaki maut ditempat kejadian selepas tercampak keluar dari lori satu tan tanpa muatan yang mereka naiki.

“Pemandu Viva tersepit di dalam kenderaannya, namun berjaya dikeluarkan anggota bomba dan cedera, manakala pemandu treler tidak cedera," katanya ketika dihubungi hari ini. - HARIAN METRO





(6 GAMBAR) 3 Maut Dalam Kemalangan Ngeri Di Batu 9 Lekir! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel