Sedangkan satu masa dulu, sesiapa yang mencarut akan dipandang biadap oleh masyarakat malah rata-rata ibu bapa amat marah jika dengar anak mereka mencarut. Malangnya zaman sekarang, keterujaan nak mengikut trend semasa membuatkan remaja perempuan yang elok bertudung litup pun tak lagi segan silu berkongsi video mereka mencarut untuk tatapan semua orang.
Lebih parah, apa yang ditakuti kini dah jadi kenyataan. Lihatlah budak kecik kat bawah ni, cakap pun tak lancar lagi tapi kemain fasih mencarut sebut perkataan aleu#o. Ok kita mungkin ketawa menontonnya tapi jauh di sudut hati, fikirkanlah apa akan jadi di masa mendatang kalau budak sekecil ini pun dah pandai mencarut.
Tak dapat dibayangkan macam mana agaknya kurang ajar gaya percakapan generasi muda kita akan datang kalau trend mengarut begini terus dibiarkan.
Sumber - MYNEWSHUB.CC