Home /
Luar Negara /
Tragedi Kapal Karam Korea: Inilah Hukuman Yang Bakal Dikenakan Ke Atas Kapten Kapal!
Tragedi Kapal Karam Korea: Inilah Hukuman Yang Bakal Dikenakan Ke Atas Kapten Kapal!
KOREA SELATAN - Kapten feri Sewol dan tiga anak kapal berdepan hukuman mati setelah di dapati bersalah menyebabkan kematian dan gagal menjalankan tugas sebagai ketua.
Kapten tersebut, Lee Joon Seok dan 14 lagi anak kapal yang didakwa di Mahkamah Korea Selatan atas tragedi kapal Sewol karam yang mengorbankan lebih 300 nyawa ketika karam di Pulau Jeju.
Menurut pasukan Pendakwa Raya, Joon Seok bersama 14 krew lagi didakwa tidak bertanggungjawab selepas meninggalkan kapal tersebut yang sedang karam sedangkan menyuruh penumpang supaya kekal di dalam kapal.
Lee Joon Seok dan tiga anak kapal di sabitkan kesalahan kerana membunuh 11 lagi di sabitkan kesalahan kecuaian yang menyebabkan kematian yang berdepan hukuman penjara 30 tahun
Tragedi kapal sewol tersebut disifatkan salah satu bencana paling buruk dicatatkan di Korea Selatan dan kebanyakan yang terkorban dalam nahas tersebut adalah kanak-kanak sekolah.
Dalam pada itu, kerajaan Korea Selatan turut dilapor mengumumkan operasi mencari mayat di hentikan. Pengumuman tersebut dibuat beberapa jam sebelum keputusan mahkamah dikeluarkan.
Setakat ini sebanyak 295 mayat berjaya ditemui sembilan yang lain dilaporkan masih hilang.-Sumber: Siakapkeli.com.my