Tidak Berperikemanusian! Sudahlah Merompak, Baca Apa Yang Lelaki Ini Lakukan Kepada Pekerja Kedai 24 Jam Ini!



Port Dickson: Seorang perompak mer0-g0l dan menyamun seorang wanita yang juga pekerja kedai serbaneka 24 jam, di sini, awal pagi kelmarin.

Ketika kejadian jam 6.15 pagi itu, mangsa berusia 20-an hanya mampu menangis dan merayu supaya tidak dir0-g0l, namun tidak dihiraukan suspek bersenjatakan sebilah pisau terbabit.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa dan seorang pekerja lelaki berusia 20-an bertugas di kaunter pembayaran sebelum didatangi suspek.

Menurut sumber, lelaki itu yang memakai topi keledar mengacukan pisau kepada kedua-dua mangsa dan mengarahkan mereka masuk ke stor di bahagian belakang.

“Bagaimanapun, sewaktu berada di dalam stor berkenaan, suspek mengarahkan mangsa menutup suis lampu bahagian hadapan kedai dan dalam stor menyebabkan rakaman oleh kamera litar tertutup (CCTV) terhalang kerana gelap,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sumber berkata, berdasarkan rakaman CCTV itu, kelihatan seorang penghantar akhbar memasuki kedai dan pergi ke kaunter pada jam 6.25 pagi. - Harian Metro

Tidak Berperikemanusian! Sudahlah Merompak, Baca Apa Yang Lelaki Ini Lakukan Kepada Pekerja Kedai 24 Jam Ini! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel