TERKINI 5 NOV: Akhirnya Puan Lola Telah Mengaku Bahawa......



5 NOV 2014 ; SEREMBAN - Perbicaraan kes Lolanopita Mohd Sadi, 40, sepatutnya berlangsung di Mahkamah Sesyen Seremban, pada pagi ini tidak dijalankan berikutan tertuduh mengubah fikiran untuk mengaku bersalah.

Lolanopita membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun, selepas mendengar dan memahami kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 November depan untuk hujahan mitigasi pihak pembelaan dan penetapan hukuman.

Kes dikendalikan oleh Ketua Unit Pendakwaan Negeri Sembilan, Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

Untuk rekod, 27 Jun lalu, Lolanopita dihadapkan ke mahkamah selepas didakwa dengan sengaja mengabaikan anaknya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, melalui cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

Wanita itu dituduh melakukan perbuatan tersebut antara Januari hingga 21 Jun lalu, di sebuah bilik di Blok 15-1-9 Flat Taman Semarak, Nilai, dekat sini, kira-kira jam 2.30 pagi.


-SinarHarian

TERKINI 5 NOV: Akhirnya Puan Lola Telah Mengaku Bahawa...... Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel