SELESAI! Ini Hukuman Yang Dikenakan Hakim Kepada Lola, Ibu Firdaus Dullah


SEREMBAN: Mahkaman Seksyen Seremban hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara 7 bulan dan denda RM10.000 kepada Lolanopita Sadi, kerana telah mengabaikan anak lelakinya Muhammad Firdaus Dullah, yang merupakan seorang OKU.

Hukuman ini telah dibacakan oleh Hakim Kamarudin Kamsun kepada Lola selepas beliau mengaku salah dengan dua pertuduhan terhadapnya iaitu kerana mengabaikan dan membiarkan anak tanpa pengawasan antara Januari hingga Jun lepas.

Menurut kenyataan Hakim beliau menjatuhkan hukuman setelah mengambil kira kepentingan anaknya, tertuduh dan awam,

“Kebajikan Muhammad Firdaus adalah matlamat utama. Dari fakta kes, Muhammad Firdaus bergantung kasih dan sayang semata-mata kepada ibunya,” katanya.

Bagi pertuduhan pertama beliau disabitkan kesalahan mengabaikan Muhammad Firdaus dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami cedera fizikal atau emosi di sebuah bilik di rumah mereka di Blok 15-1-9 Flat Semarak, Nilai antara Januari hingga 2.30 pagi, 21 Jun dan dijatuhi hukuman penjara empat bulan dan denda RM6,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda.

Manakala bagi pertuduhan kedua pula beliau didakwa dengan sengaja membiarkan anaknya tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan di tempat sama pada pukul 2.30 pagi, 21 Jun dan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM4,000 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda

Hukuman penjara tersebut bagaimanapun hanya berjalan 4 bulan kerana hukuman penjara kedua-dua pertuduhan bermula serentak atas arahan hakim.

Bagi pertuduhan pertama baliau didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya dan bagi pertuduhan kedua beliau didakwa mengikut Seksyen 33c akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM4,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini pihak peguam bela Hanif Hassan telah membuat rayuan agar menjatuhkan hukuman paling minimun terhadapa anak guamnya yang telah mengaku salah kerana Lola berasal dari keluarga miskin dan beliau amat rapat dengan Muhammad Firdaus.


Sumber- Siakapkeli.com.my

SELESAI! Ini Hukuman Yang Dikenakan Hakim Kepada Lola, Ibu Firdaus Dullah Rating: 4.5 Diposkan Oleh: InfoGugel