Home /
Semasa /
Salah Bagi Ubat, Pelajar UiTM Dungun Ini Hilang Penglihatan Dan Nekad Saman Hospital!
Salah Bagi Ubat, Pelajar UiTM Dungun Ini Hilang Penglihatan Dan Nekad Saman Hospital!
KUALA LUMPUR – Seorang penuntut sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) memfailkan saman, semalam terhadap Pengarah Hospital Dungun, Terengganu dan dua pihak lagi kerana didakwa cuai sehingga menyebabkannya hilang penglihatan.
Nur Laila Md Yusuf, 21, selaku plaintif memfailkan saman melalui Tetuan T Vijay & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan menamakan Pengarah Hospital Dungun; Pegawai Perubatan, Dr Tan Kian Kheng dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Dalam pernyataan tuntutannya, pada 13 November 2013, plaintif yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Dungun telah mendaftar sebagai pesakit luar di Hospital Dungun kerana demam.
Plaintif diperiksa oleh defendan kedua yang membuat diagnosis dan memberikan enam jenis ubat iaitu Paracetamol, Piriton, Amoxycillin; Benadryl; Eye drop; dan Hydrocortisone.
Plaintif mengambil ubat mengikut nasihat diberikan, namun mendapati keadaan bertambah buruk dan mengalami tanda negatif termasuk suhu badan yang tinggi dan kesan lecuran pada kulit.
Plaintif telah pulang ke rumah ibu bapanya di Kuang, Selangor dan ibu bapa plaintif menjangkakan plaintif dijangkiti demam campak.
Bagaimanapun selepas mendapati semakin teruk, plaintif mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh dan didapati plaintif mengalami alahan terhadap antibiotik.
Plaintif seterusnya dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan ditahan selama dua minggu selepas keadaan kesihatan bertambah buruk.
Menurut pernyataan tuntutan itu, plaintif mendakwa telah mengalami kesan reaksi alahan menyebabkan fungsi matanya terjejas akibat kecuaian defendan-defendan.
Sehubungan itu, plaintif menuntut faedah dan kos terhadap kesemua defendan.
Difahamkan, plaintif yang merupakan pelajar tahun akhir kursus diploma pengurusan awam kini terpaksa menangguhkan pengajiannya. – Sinar Harian Online
Related Articles :
TERKINI: Berita Ini Menakutkan Rakyat Negara Kita! KUALA LUMPUR: Wakil militan IS menghantar mesej amaran kepada Malaysia berikutan usaha negara ini yang giat memerangi kumpulan terba ...
PM Najib Umum Jawatan Baru Ahmad Maslan, Habis Gelisah Semua Penentang Kerajaan! KUALA LUMPUR: Awas penentang kerajaan, kerana Datuk Ahmad Maslan kini jeneral perang siber UMNO yang baharu. Perlantikan Ahmad M ...
Masih Ingat Nur Shafiqa Mangsa Toreh Perompak 13 Bulan Lalu? Inilah 3 Foto Terbaru Beliau! Kini, Nur Shafiqa sering ditemani suaminya, Mohd Azij-ja Zafran kerana masih fobia tinggal bersendirian di rumah. ...
Mengejutkan! Inilah Nasib Yang Diterima Import Baru JDT Paulo Rangel Setelah Beraksi Longlai Semalam - Paulo Rangel bakal ke JDT II sebagai penyerang import- Seorang penyerang import baru akan digandingkan bersama Diaz. Masih dalam p ...
Benarkah? Guru Agama Dakwa Dipukul Dua Polis, Diberitahu "Pergi Mampus Dengan Motosikal Hang"! ALOR SETAR - Seorang guru agama mendakwa dia telah dicederakan di kepala dan tangan setelah digari, dipukul dan ditumbuk oleh d ...